OFFSTONE JAN EDITION 2026

1 KOMUNIKASI ISLAM SEBAGAI ASAS PEMBINAAN KEAMANAN DALAM ERA KOMUNIKASI GLOBAL Oleh: Dr. Rosninawati Hussin ninahussin@usim.edu.my Penulis ialah Rosninawati Hussin, merupakan seorang Pensyarah Kanan di Program Komunikasi, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau merupakan pensyarah dalam bidang komunikasi massa dan antara kursus yang diajar ialah periklanan dan kursus-kursus berkaitan dengan bidang penyiaran. Beliau juga cenderung melibatkan diri dengan penyelidikan yang berkaitan komunikasi massa dan pengajian media. ABSTRACT This article examines the role of Islamic communication ethics in peacebuilding within the context of global communication. Drawing on Qur’anic principles such as tabayyun , truthfulness, and ethical discourse, the article argues that Islamic communication provides a normative framework for reducing conflict, countering media stereotyping, and fostering dialogue in an increasingly polarized digital media environment. Pengenalan Dalam era komunikasi global yang dicirikan oleh kepantasan maklumat, keterhubungan tanpa sempadan dan dominasi media digital, konflik tidak lagi terbatas kepada medan fizikal. Konflik kini turut berlaku dalam ruang simbolik melalui wacana media, persepsi awam dan pembinaan naratif global. Polarisasi pandangan, penyebaran maklumat palsu, ujaran kebencian serta stereotaip budaya dan agama semakin mencabar usaha pembinaan keamanan sejagat. Menurut Galtung, seorang ahli sosiologi, berpendapat bahawa dalam konteks ini, konsep pembangunan keamanan atau ‘peacebulding’ tidak boleh difahami secara sempit sebagai

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=