OFFSTONE JAN EDITION 2026
42 white house. Kesemua penginapan ini berlatarbelakangkan keindahan Bukit Bubu dan Sungai Lubok, menjadikan Belantara Resort satu tempat percutian yang elegan, mendamaikan serta berkualiti tinggi. Pengunjung boleh menikmati forest bathing dan mandi-manda di sungai yang mengalir dalam kawasan resort itu sendiri yang terletak hanya beberapa langkah dari penginapan mereka. Dua jenis chalet yang ditawarkan iaitu Standard Chalet boleh memuatkan sehingga tiga orang manakala Deluxe Chalet boleh memuatkan sehingga lima orang. Penginapan glamping mempunyai tiga jenis iaitu couple , quadraple dan superior . Couple glamping boleh memuatkan sehingga empat orang pada satu masa, manakala Quadraple glamping pula boleh memuatkan sehingga empat orang. Superior glamping boleh memuatkan sehingga enam orang pada satu masa. Kesemua jenis penginapan glamping ini menggunakan konsep tandas berkongsi yang luas dan selesa. Tiny House adalah kediaman konsep rumah bersaiz kecil yang boleh memuatkan sehingga enam orang, manakala White House adalah rumah yang mempunyai konsep loft (loteng) yang dapat memuatkan sehingga enam orang pada satu masa. Kepelbagaian jenis penginapan yang disediakan oleh Belantara Resort menjadikan ia sebuah destinasi percutian yang sesuai untuk semua peringkat umur. Aktiviti yang ditawarkan bagi pelancong termasuk aktiviti menunggang ATV, taman air mini, berbasikal serta akses kepada sungai yang selamat menyerlahkan komitmen. Belantara Resort menyediakan pengalaman percutian yang bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga tenang dan selamat untuk setiap pengunjungnya. Belantara Resort menyasarkan pengunjung dari pelbagai segmen termasuk individu dan kumpulan korporat. Corak kedatangan pelanggan menunjukkan bahawa kumpulan dari badan kerajaan lebih memilih untuk menginap dan melaksanakan aktiviti pada hari bekerja, manakala pelanggan korporat swasta dan individu cenderung untuk memilih menginap pada hujung minggu. Sewaktu proses reka bentuk Belantara Resort ini, pihak pengurusan memastikan kawasan sungai yang mengalir dalam kawasan resort ini tetap terpelihara dan mana-mana pokok yang terpaksa ditebang telah dibuat penanaman semula. Sesetengah kawasan pula sengaja dikosongkan sebagai tempat berehat bagi mengelak suasana yang terlalu sesak dalam resort ini. Pihak pengurusan juga memilih untuk bersederhana dalam pengambilan pengunjung agar suasana damai di dalam resort ini dikekalkan dalam keadaan yang terkawal. Penekanan diberikan kepada kualiti pengalaman pelancongan agar pengunjung berpuas hati dan seronok untuk kembali lagi.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=