OFFSTONE JAN EDITION 2026

41 Konsep Ekopelancongan Berteraskan Nilai Islam dalam Pengurusan Belantara Resort Pada November 2025, satu lawatan telah dibuat bagi mengkaji konsep ekopelancongan yang kini semakin popular dan mendapat perhatian dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat terutamanya untuk tujuan lari sebentar dari hiruk-pikuk di kota serta melepaskan diri untuk sementara dari tekanan komitmen seharian dan kesibukan rutin pekerjaan. Kajian ini menelusuri satu bentuk ekopelancongan, yang ditawarkan oleh Belantara Resort, sebuah resort ekopelancongan percutian dalam hutan belantara di Perak. Dalam merekabentuk dan menawarkan perkhidmatan ekopelancongan hutan ini, Belantara Resort telah menerapkan nilai-nilai Islam dalam operasinya. Islam telah menggariskan nilai-nilai penting yang boleh dijadikan sebagai garis panduan seperti keperluan menghayati prinsip khalifah dan menjaga amanah alam termasuklah menjaga kemaslahatan penduduk setempat, menjaga kesejahteraan mental dan fizikal para pelancong dan para pekerja serta konsep bersederhana. Naratif konsep ekopelancongan inilah yang seharusnya menjadi pegangan bagi membolehkan pelancong meraih nikmat pelancongan dan dalammasa yang sama kemaslahatan alam dan pihak-pihak yang berkepentingan adalah terjaga. Kesemua usaha ini dijangka bukan sahaja dapat menjaga kelestarian alam, malah dapat memastikan kelangsungan perniagaan ekopelancongan dalam jangka masa panjang. Belantara Resort diasaskan oleh empat anak muda yang bersahabat baik sejak di sekolah menengah dan berkongsi minat yang sama dalam dunia perkhemahan dan perniagaan. Perniagaan ini diterajui oleh Ahmad Shafaizul bin Ahamad Akmal selaku Pengurus Besar dan pemilik bersama. Mempunyai minat yang mendalam terhadap aktiviti perkhemahan, keempat-empat anak muda ini kemudiannya mendapat cetusan idea untuk membangunkan sebuah lokasi resort dengan konsep tersendiri yang bukan sekadar menyediakan ruang untuk berkhemah tetapi menawarkan suatu pengalaman ‘ healing ’ dengan alam kurniaan Ilahi. Hasilnya ialah Belantara Resort, sebuah tempat percutian ekopelancongan yang menggabungkan elemen resort yang santai, moden dan glamor namun masih mengekalkan suasana alam kurniaan Ilahi yang mendamaikan. Belantara Resort terletak di Kampung Sungai Lubok, di tengah-tengah Kampung Terong, Taiping, Perak dalam jarak 22 km atau 30 minit perjalanan dengan kereta dari Bandar Taiping. Belantara Resort memulakan operasi pada September 2023 di atas tanah seluas tujuh (7) ekar yang boleh menampung kapasiti pengunjung sehingga 109 orang pada satu masa. Resort ini menawarkan kepelbagaian jenis penginapan yang merangkumi jenis chalet kayu gaya kampung, khemah berkonsepkan ‘ glamorous camping ’ ( glamping ), tiny house dan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=