OFFSTONE JAN EDITION 2026
43 Dalam mengurus resort ini, pihak pengurusan sangat mementingkan kebersihan agar resort ini bebas dari haiwan perosak dan kehadiran binatang liar dari hutan bersebelahan adalah terkawal. Pihak pengurusan amat mengambil berat isu kebersihan ini dan berusaha sedaya upaya untuk memberi pendidikan kepada semua pengunjung berkenaan dengan keperluan untuk tidak membuang sampah dan meninggalkan kesan atau bekas makanan merata-rata. Setelah beroperasi lebih daripada dua tahun ini, belum pernah lagi resort ini mengalami masalah haiwan perosak atau binatang liar. Ini menunjukkan usaha pihak pengurusan untuk memelihara dan menjaga keseimbangan alam selari dengan prinsip menjaga amanah sebagai khalifah di muka bumi ini. Penjagaan kebersihan ini juga memastikan keselamatan dan kesejahteraan para pengunjung diutamakan. Dengan pembukaan resort ini, terdapat limpahan manfaat dengan Belantara Resort mengambil lebih dari 30 orang pekerja tempatan yang 70% daripadanya adalah dalam kalangan penduduk Kampung Sungai Lubuk dan kawasan sekitarnya. Maslahat para pekerja turut dijaga dengan penyediaan asrama dan makanan bagi menyenangkan para pekerja tanpa perlu berulang-alik dari rumah dan dalam masa yang sama memudahkan pihak pengurusan untuk mendapatkan khidmat bantuan pekerja di luar waktu pejabat. Ringkasnya, ekopelancongan ini dilaksanakan atas prinsip membolehkan tadabbur alam, nilai dan sikap amanah kepada alam dan manusia, dan menjaga maslahah semua demi kelestarian dan kesejahteraan. Dalam konteks ini, ekopelancongan menyumbang kepada kesejahteraan manusia, dan memperkukuh hubungan manusia dengan Pencipta dan alam ciptaan-Nya. Gambar 1: Pintu masuk ke Belantara Resort. Di sisi kiri pintu masuk ini banyak pokok durian yang sedang berbuah. Penutup
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=