OFFSTONE JAN EDITION 2026
40 EKOPELANCONGAN DALAM HUTAN DI BELANTARA RESORT, TERONG, PERAK Prof. Dr. Khairul Akmaliah Adham, Nur Adilah Othman, Sumaiyah Abd Aziz, Intan Fatimah Anwar & Izlawanie Muhammad ka@usim.edu.my Khairul Akmaliah Adham (Ph.D), Profesor di Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Penyelidikan beliau kini tertumpu kepada pengurusan organisasi melalui pendekatan strategik dan analisis sistemik. Analisis sistemik yang telah dilaksanakan termasuk industri halal di negara-negara di rantau Asia-Pasifik serta pelan pembangunan negeri, khususnya Perak Sejahtera 2030. ABSTRACT This article discusses a jungle-based ecotourism concept implemented by Belantara Resort in Perak that integrates Islamic values into its physical design and offerings. These values include the principles of stewardship (khalifah) and trust (amanah), the protection of local community welfare and the well-being of tourists and employees, and the application of the principle of moderation (wasatiyyah). Pengenalan Islam memandang ekopelancongan sebagai aktiviti yang bermakna kerana ia membolehkan pelancong melihat sendiri tanda-tanda kebesaran Allah serta menikmati dan menghayati keindahan alam kurniaan Ilahi. Ia adalah suatu konsep tadabbur, iaitu merenung dan mengambil pengajaran daripada ciptaan Allah dan meningkatkan keimanan kepada-Nya. Al- Quran menggalakkan manusia mengembara di muka bumi untuk melihat, memahami dan berfikir tentang ciptaan-Nya sepertimana dalam Surah al-Mulk ayat 15 yang bermaksud: “Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula ” .
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=