OFFSTONE JAN EDITION 2026
37 Perspektif Komunikasi Terhadap Teromba Mampu Mengangkat Seni Budaya Melayu Pemerhatian teromba dari perspektif komunikasi menekankan dari aspek interaksi manusia dan proses penyampaian makna, ia terbina daripada gabungan disiplin psikologi dan sosiologi. Teromba dihasilkan menerusi konteks penyampaian komunikasi dengan gaya bahasa figuratif dan bukan gaya bahasa formal yang mengandungi elemen-elemen seperti metafora, hiperbola, pengulangan, penekanan dan perumpamaan yang diguna pakai untuk memperkukuh sesuatu mesej secara santai. Susunan kata dalam teromba bukan sekadar tergantung pada himpunan keindahan bahasa, tetapi juga turut membentuk persona penyampai dan pendengar, bagi memastikan mesej disampaikan bukan sahaja didengari dan difahami, malah dihayati serta dicernakan. Melalui proses ini, teromba berfungsi sebagai alat pembentukan nilai peribadi yang gemilang. Teromba juga dapat dilihat menerusi bentuk penyampaian mesej, nilai falsafah hidup yang diterjemahkan melalui bahasa dan gaya penyampaian yang mengandungi elemen bahasa sastera seperti kiasan dan perumpamaan. Di samping itu, teromba turut memainkan peranan penting dalam mengekalkan adat resam dan tradisi bagi memperkukuh identiti budaya dan mempereratkan perpaduan di kalangan masyarakat. Melalui penyampaian yang bersifat simbolik dan berlapik, teromba berfungsi sebagai alat komunikasi adat yang efektif dalam menyampaikan nasihat, teguran dan peringatan tanpa menimbulkan konflik. Namun demikian, kepupusan amalan teromba berlaku pada masa kini akibat perubahan gaya hidup masyarakat yang semakin moden. Ianya kurang didedahkan dan kurang pengolahan ke dalam bentuk yang berupaya menarik minat dan penglibatan khalayak ramai, khususnya dalam kalangan generasi muda. Keadaan ini menyebabkan teromba semakin terpinggir dan tidak lagi berfungsi secara menyeluruh sebagai wahana komunikasi adat dan penyampai nilai budaya. Pengabaian amalan teromba bukan sahaja menjejaskan seni warisan tradisional, malah ia juga berpotensi menyebabkan kerencatan komunikasi adat serta ketidakfahaman terhadap nilai dan tradisi yang menjadi teras kehidupan masyarakat Melayu. Keadaan ini menggalakkan usaha bagi mengkaji dan mengadaptasi teromba agar terus relevan serta dapat diwarisi oleh generasi masa hadapan. Justeru, pelbagai usaha telah dicadangkan bagi mengangkat dan menjulang kembali seni teromba, antaranya melalui pelaksanaan kajian dan penulisan akademik, penganjuran pameran dan pementasan seni, pendokumentasian dalam bentuk rakaman audio visual, liputan media massa serta penyebaran kandungan melalui platform media sosial. Oleh itu, ia wajar diangkat dengan menggunakan pelbagai medium komunikasi dan penganalisisan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=