OFFSTONE JAN EDITION 2026
38 seperti melalui pendekatan tematik, semantik, semiotik dan semiologi untuk memahami struktur, konteks dan makna mesej yang hendak disampaikan. Teromba boleh diketengahkan sebagai medium komunikasi adat yang efektif, penghayatan dan tafsiran mesej dapat diterjemahkan menerusi pemahaman terhadap elemen bahasa, konteks budaya, nilai masyarakat, adat, masa dan tempat. Pendekatan komunikasi visual khususnya dilihat mempunyai potensi yang signifikan kerana keupayaannya menterjemahkan makna teromba secara kreatif, simbolik dan kontekstual. Penggunaan elemen visual seperti ilustrasi, grafik, tipografi, animasi dan media bukan sahaja dapat memperjelas mesej yang terkandung dalam teromba, malah menjadikannya lebih mudah difahami, menarik minat khalayak yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Pendekatan ini juga turut berperanan sebagai strategi komunikasi budaya yang efektif dalam memastikan kelangsungan warisan teromba, di samping memperkukuh usaha pemeliharaan dan pemerkasaan seni tradisional Melayu dalam lensa budaya kontemporari. Sekiranya diperhatikan kepenggunaan seni teromba yang mengangkat gaya dan cara kehidupan berbudaya dan beradat yang tersusun dengan kesantunan dan kemulusan pekerti dapat dipadankan dengan kepenggunaan cabang ilmu Islam seperti dari sudut bahasa iaitu balaghah. Kebanyakan gaya bahasa yang digunakan dalam seni teromba dari sudut perspektif ilmu balaghah mencakupi pelbagai aspek gaya penyampaian seperti majaz (kias), istiarah (metafora), tashbih (perumpamaan) dan kinayah (kiasan tersirat). Ini merupakan satu peluang bagi penambahan kekuatan atau pengutuhan seni teromba apabila ia dikaji dan dianalisis menggunakan ilmu balaghah. Selain itu, kehalusan makna yang tersirat dalam seni teromba mampu menyumbang pembentukan jati diri manusia, dan hal ini dapat disandingkan dengan cabang ilmu tasawuf. Penutup Usaha pemerkasaan teromba menerusi pelbagai cabang dalam bidang komunikasi dan bidang agama Islam dapat diterapkan dalam kalangan masyarakat terutamanya dalam kalangan masyarakat Melayu pada masa kini. Ia membuktikan bahawa komunikasi bukan sahaja berlaku pada tahap literal, tetapi juga berlaku dalam bentuk penyampaian yang bersifat simbolik seperti teromba dan menjadikannya sebagai wahana penyampaian didikan, budaya, agama, melengkapkan falsafah hidup yang unik serta relevan dalam pembentukan pemikiran dan identiti keperibadian komuniti Melayu iaitu berakhlak dan beradab. Usaha-usaha pemerhatian seperti ini perlu dipertingkatkan bagi memastikan seni teromba dapat diteruskan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=