OFFSTONE JAN EDITION 2026

36 SENI BUDAYA TEROMBA DARI PERSPEKTIF KOMUNIKASI DAN ISLAM Oleh: Muhammad Zarihi Nubhan Bin Abdul Rahman 4251020@raudhah.usim.edu.my Penulis merupakan calon Doktor Falsafah dalam Pengajian Komunikasi di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Minat kajian beliau ialah pengajian Islam, komunikasi, perundingan, media, penyiaran dan tingkah laku. ABSTRACT ‘Teromba’ may be defined as a traditional poem delivered orally and communicative in nature, serving as a medium for conveying the thoughts, religious values, and philosophy of life of the Malay community. Its content is closely related to life experiences, human relationships with the universe, and social interactions within the social structure; it is also closely related to the presenter's or writer's outlook on life, advice, and wisdom. Pengenalan Teromba ialah puisi tradisional yang berasal daripada Adat Perpatih (Negeri Sembilan). Ia bertujuan menyampaikan nilai, nasihat, teguran serta pedoman hidup dalam masyarakat Melayu. Ia bukan sekadar manifestasi seni bahasa, malah berperanan sebagai medium komunikasi yang menghubungkan manusia dengan alam sekitar menerusi interaksi yang unik yang wujud dalam bentuk kiasan, perumpamaan, dan juga sindiran. Ia membentuk struktur sosial dan nilai spiritual yang membentuk jati diri masyarakat. Namun demikian, seiring dengan perubahan sosial, peralihan gaya hidup serta pengaruh arus kemodenan dan secara global, amalan teromba didapati semakin terpinggir dan kurang diaplikasikan dalam kehidupan seharian, khususnya dalam kalangan generasi muda. Keadaan ini menimbulkan kebimbangan terhadap kelangsungan warisan budaya yang kurang nilai sarat moral dan falsafah kehidupan.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=