OFFSTONE JAN EDITION 2026
22 Dalam Islam, komunikasi terikat dengan prinsip moral yang tinggi kerana Islam adalah agama yang sempurna yang turut menggariskan cara hidup yang positif. Komunikasi adalah nadi kepada pembentukan masyarakat. Ia bukan sekadar menyampaikan maklumat malah ia juga adalah ruang hubungan antara entiti berlainan bahasa, budaya, pendidikan dan kehidupan. Media sosial juga telah menjadi wadah penyebaran maklumat dan perhubungan yang penting dalam kehidupan seharian kita. Fitrah manusia sebagai makhluk sosial menuntut interaksi yang berterusan bagi melestarikan kehidupan. Dalam era kontemporari, sempadan komunikasi telah melampaui alam fizikal, merentasi ruang maya seperti WhatsApp, Facebook, Instagram, dan TikTok. Komunikasi berfungsi sebagai jambatan yang menghubungkan kepelbagaian latar belakang bahasa, budaya, dan pendidikan. Namun, dalam perspektif Islam, interaksi ini tidak bersifat mekanistik semata-mata; ia adalah satu amanah yang terikat erat dengan prinsip moral dan kerangka hidup yang syumul . Dalam surah al-Qaf, ayat 18, Allah berfirman: “Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)”. Manifestasi Adab dan Etika dalam Komunikasi Islam Prinsip utama dalam komunikasi Islam adalah menterjemahkan pesanan yang berlandaskan prinsip al-Quran dan Sunah, melalui kebenaran, akhlak mulia, kelembutan kasih sayang serta kebaikan. Dalam berkomunikasi, masyarakat Islam menekankan adab dan akhlak mulia. "Kalam itu cermin jiwa." Justeru, masyarakat Islam dituntut mempraktikkan enam prinsip komunikasi al-Quran sebagai panduan tingkah laku (modul komunikasi): 1. Qaulan Sadidan (Kebenaran): Kejujuran dalam menyampaikan fakta tanpa manipulasi. 2. Qaulan Layyina (Kelembutan): Pendekatan pembujukan yang menyentuh nurani, bukan provokasi. 3. Qaulan Karima (Kemuliaan): Penghormatan tinggi terhadap maruah rakan bicara. 4. Qaulan Baligha (Efektif): Penyampaian yang tuntas, tepat, dan memberi kesan mendalam. 5. Qaulan Ma’rufan (Kebaikan): Penggunaan kata-kata yang santun dan selari dengan norma murni. 6. Qaulan Maysura (Kemudahan): Tutur kata yang mudah difahami dan memberikan ketenangan. Amalan sosiolinguistik ini bukan sahaja memelihara keharmonian, malah membina jambatan toleransi dalam masyarakat yang rencam. Oleh karena itu, penting bagi umat Islam
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=