OFFSTONE JAN EDITION 2026
21 KOMUNIKASI ISLAM: INTERAKSI SOSIAL DALAM EKOSISTEM DIGITAL Oleh: Adziah Abd Aziz rghpestsolution@gmail.com Adziah Abd Aziz, BA (Hons) USM, ialah tutor sambilan kelahiran Malaysia. Beliau mula berkarya sebagai penulis pada 1992 dan sebagai penyelidik pada 2014. Karya beliau merangkumi esei, artikel, jurnal, cerpen, anekdot, petikan kata, buku kanak-kanak dan puisi. Sumbangan dalam bidang pendidikan, kesusasteraan dan puisi terserlah melalui penglibatan berterusan beliau dalam pelbagai jambori, konvensyen dan kolokium penulis antarabangsa di rantau ASEAN. Selain itu, beliau juga telah menterjemah dan menilai beberapa puisi serta artikel berbahasa Inggeris dan telah menghasilkan sekitar 58 antologi puisi bersama penulis- penulis ASEAN. ABSTRACT Islamic communication serves as a fundamental tool for building harmonious social structures, combining mechanistic information transmission with faith and integrity. This writing proposes six principles as moral standards to address ethical crises in cyberspace. Social integration enhances communication among millennials and serves as a dynamic agent of social change, systematically improving the quality of life. Pengenalan Penulisan ini meninjau kepentingan komunikasi Islam sebagai nadi pembentukan masyarakat madani serta menggunakan kaedah analisis kualitatif dengan menggunakan teknik pemerhatian dan dokumentasi. Dalam mengintegrasikan prinsip al-Quran dan Sunah, penulisan ini menghujahkan bahawa komunikasi bukan sekadar penghantaran maklumat, malah ia merupakan manifestasi akhlak yang mampu mencetuskan perubahan sosial yang sistematik dalam ekosistem fizikal mahupun digital. Satu kelompok mahasiswa dari Universiti Padang pada 2016 telah membuat analisis menggunakan media dan menunjukkan hasil atau bukti bahawa penerapan etika yang baik membuktikan reaksi nilai baik.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=