OFFSTONE JAN EDITION 2026

23 untuk merumuskan kerangka etika digital yang berakar pada nilai-nilai Islam. Justeru, pentingnya mengembangkan kerangka etika Islam terhadap informasi digital dengan menggunakan konsep adab sebagai dasar pemikiran. Transformasi Digital Media sosial mempunyai potensi besar sebagai ejen perubahan positif sekiranya kepenggunaannya dipandu oleh nilai tabayyun (verifikasi) dan kebijaksanaan. Keberadaan platform digital seharusnya memperkukuh ukhuwah antara pengguna, bukannya menjadi medan fitnah. Apabila adab mendahului teknologi, maka lahirlah masyarakat milenial yang bukan sahaja bijak digital, malah berintegriti dalam melontarkan pandangan. Komunikasi juga melibatkan aksi dan reaksi secara perseorangan dan kelompok dengan komunikasi secara lisan atau bertulis serta komunikasi tanpa lisan seperti sikap, tingkah laku, gambar, dan bentuk yang mempunyai erti. Maka yang demikian itu, komunikasi dalam era digital mempunyai jalan dan tujuan yang tersendiri dan memerlukan disiplin dan adab serta etika yang cukup tinggi. Penutup Secara tuntasnya, komunikasi Islam melalui pendekatan sosiologi membuktikan bahawa hubungan sesama manusia ( Hablum Minannas ) memerlukan juga hubungan dan bimbingan dengan Pencipta ( Hablun Minallah ) untuk mencapai kualiti hidup yang sistematik. Islam sentiasa mengingatkan pengikutnya agar berbicara dengan nada lembut, sopan dan menzahirkan kasih sayang. Merujuk kepada beberapa sumber seperti al-Quran, hadis, buku, jurnal dan sebagainya, ternyata sikap toleransi, saling menghormati dan bersosial perlu diamalkan untuk menzahirkan keharmonian dalam mengharungi kehidupan seharian. Sekiranya komunikasi diamalkan secara negatif, sudah pasti mengakibatkan kerosakan dan kebencian dalam bersosial. Tambahan pula, dalam era digital yang segalanya pantas dan jelas. Oleh itu setiap individu perlu mengelak dari bertindak negatif, akhirnya menimbulkan kemusnahan hidup serta memutuskan tali perhubungan serta maruah diri. Seperti mana dalam surat Surah al-Hujurat, ayat 12, yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa.” Seterusnya, keberadaan media sosial dalam likungan kepenggunaan yang positif juga akan turut menjalinkan ikatan padu antara pengguna lain di samping turut membangunkan sikap bijak berkomunikasi di alam maya. Tambahan pula, pendidikan mesti berupaya mewujudkan sumber manusia yang berkualiti dan bermoral dalam masyarakat era 5.0 dengan konsep masyarakat yang berpusatkan manusia dan berasaskan teknologi. Justifikasinya, apabila adab ketika berinteraksi di media sosial tidak dititikberatkan, maka ia akan menimbulkan konflik sehingga mengganggu keharmonian sesebuah masyarakat.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=