OFFSTONE JAN EDITION 2026
18 tafsir perlu difahami bukan sebagai ancaman, tetapi sebagai bahasa kedamaian yang memiliki potensi besar dalam usaha pembangunan keamanan global. Islam bukan sekadar sistem kepercayaan spiritual, tetapi juga sebuah kerangka etika sosial yang menekankan keamanan, keadilan, dan keharmonian. Ajaran Islam mengiktiraf kepelbagaian manusia dan menekankan kepentingan komunikasi yang beretika, dialog yang terbuka, serta penyelesaian konflik secara damai. Oleh itu, artikel ini bertujuan membincangkan bagaimana Islam berfungsi sebagai bahasa kedamaian dan bagaimana komunikasi, khususnya komunikasi global, dapat menjadi jambatan yang menghubungkan nilai Islam dengan usaha pembinaan keamanan sejagat. Konsep Keamanan dalam Islam Islam menitikberatkan prinsip keamanan sejagat. Perkataan Islam sendiri berasal daripada akar kata salama yang membawa maksud aman, sejahtera, dan selamat. Al-Qur’an berulang kali menekankan kepentingan keamanan dan menolak keganasan sebagai kaedah penyelesaian konflik. Firman Allah SWT: “Dan jika mereka cenderung kepada perdamaian, maka cenderunglah engkau kepadanya” (Surah al-Anfal, 8:61). Ayat ini jelas menunjukkan bahawa perdamaian merupakan pilihan utama dalam hubungan sosial dan antarabangsa menurut perspektif Islam. Selain itu, konsep rahmah (kasih sayang) dan ‘adl (keadilan) menjadi asas kepada keamanan yang berkekalan. Islam menolak keamanan yang bersifat kosmetik atau sementara, sebaliknya menuntut keadilan sosial, ekonomi, dan politik sebagai prasyarat kepada kedamaian sejati. Sejarah Islam, khususnya melalui Piagam Madinah, membuktikan bahawa Islam mengiktiraf kepelbagaian agama dan budaya serta menjamin hak semua komuniti melalui perjanjian sosial yang berasaskan keadilan dan saling menghormati. Dalam konteks keamanan moden, prinsip Islam seperti islah (pendamaian), sabr (kesabaran), dan hikmah (kebijaksanaan) amat relevan. Prinsip-prinsip ini menekankan proses membina keamanan secara berperingkat melalui dialog, kepercayaan, dan pembinaan hubungan jangka panjang. Islam dan Etika Komunikasi: Komunikasi dalam Islam bukan sekadar penyampaian mesej, tetapi merupakan satu amanah moral. Al-Quran memperkenalkan beberapa prinsip komunikasi yang menjadi asas kepada interaksi sosial yang damai, antaranya qaulan sadida (perkataan yang benar), qaulan layyina (perkataan yang lembut), dan qaulan ma‘rufa
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=