OFFSTONE JAN EDITION 2026

17 ISLAM SEBAGAI BAHASA KEDAMAIAN: KOMUNIKASI SEBAGAI JAMBATAN KEAMANAN GLOBAL Oleh: Dr. Mohamad Noorizzuddin Nooh noorizzuddin@usim.edu.my Dr. Mohammad Noorizzuddin Nooh merupakan pensyarah kanan di Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia. Bidang tujahan beliau adalah penjenamaan, etika pemasaran, model perniagaan, pengurusan krisis dan keusahawanan. Beliau mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang Pengurusan Perniagaan daripada IPE Management School, Paris of Pole Paris Alternance (PPA). ABSTRACT This article explores Islam as a language of peace and highlights the role of ethical and two- way communication in global peacebuilding. By synthesizing and interweaving the fundamental principles of Islamic values with contemporary global communication practices, it posits that Islam provides a robust and effective framework that is instrumental in promoting mutual understanding among diverse cultures, mitigating the potential for conflict, and ultimately sustaining a state of global harmony that is essential for coexistence in an increasingly interconnected world. Pengenalan Dunia hari ini berdepan dengan pelbagai bentuk konflik yang bersifat kompleks, sama ada konflik bersenjata, ketegangan antara agama, pertembungan budaya, mahupun konflik yang berpunca daripada salah faham komunikasi. Dalam realiti global yang saling berhubung melalui media digital dan rangkaian komunikasi antarabangsa, bahasa, naratif, dan cara berkomunikasi memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk persepsi, sikap, dan tindakan masyarakat dunia. Dalam konteks ini, Islam sebagai agama yang sering disalah

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=