OFFSTONE JAN EDITION 2026

19 (perkataan yang baik). Prinsip-prinsip ini menunjukkan bahawa cara sesuatu mesej disampaikan adalah sama penting dengan kandungannya. Dalam konteks pembinaan keamanan, komunikasi beretika memainkan peranan penting dalam meredakan ketegangan dan mengelakkan peningkatan konflik. Islam mengajar umatnya untuk mendengar sebelum berbicara, mengelakkan prasangka, serta menjauhi ucapan yang bersifat menghina atau provokasi. Ini selari dengan pendekatan komunikasi damai ( peace communication ) yang menekankan empati, kefahaman, dan penghormatan terhadap pihak lain. Tambahan pula, Islam menggalakkan dialog sebagai kaedah utama komunikasi antara kelompok yang berbeza. Dalam dunia yang berdepan dengan polarisasi agama dan ideologi, pendekatan komunikasi dua hala Islam menawarkan alternatif komunikasi yang lebih manusiawi dan konstruktif. Komunikasi Global sebagai Jambatan Keamanan: Komunikasi global merujuk kepada aliran maklumat, idea, dan naratif merentas sempadan negara melalui media antarabangsa, media sosial, dan platform digital. Pada ketika ini, komuniti merentas sempada mempunyai kuasa besar untuk membentuk persepsi terhadap agama, budaya, dan identiti tertentu. Malangnya, Islam sering menjadi mangsa kepada naratif stereotaip dan representasi negatif yang berpunca daripada komunikasi yang tidak seimbang dan berunsur sensasi. Dalam konteks ini, komunikasi global boleh berfungsi sama ada sebagai sumber konflik atau sebagai jambatan keamanan. Apabila komunikasi digunakan secara tidak beretika, ia boleh menyemarakkan Islamofobia dan salah faham antara budaya. Namun, apabila dimanfaatkan secara strategik dan berasaskan nilai Islam, komunikasi global mampu menjadi medium untuk menyebarkan mesej kedamaian, keadilan, dan kemanusiaan sejagat. Umat Islam dan institusi Islam perlu lebih proaktif dalam menguasai ruang komunikasi global dengan menghasilkan naratif alternatif yang menampilkan Islam sebagai agama yang inklusif dan berorientasikan keamanan. Pendekatan ini selari dengan konsep dakwah bil hikmah , iaitu menyampaikan mesej Islam melalui kebijaksanaan, komunikasi yang berhemah, dan kefahaman konteks global. Penutup Islam sebagai bahasa kedamaian menawarkan satu kerangka nilai yang kukuh untuk usaha keamanan global. Melalui prinsip keamanan, keadilan, dan komunikasi beretika, Islam menyediakan asas moral yang relevan dalam menangani konflik dunia moden. Namun,

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=