OFFSTONE JAN EDITION 2026
6 penyebaran maklumat palsu yang pantas. Persoalan penting hari ini ialah bagaimana nilai komunikasi Islam dapat diterjemahkan secara praktikal dan strategik dalam persekitaran media yang sering meminggirkan wacana sederhana dan damai. Dakwah sebagai amalan dialog, bukan monolog Dakwah sering difahami secara sempit sebagai penyampaian satu hala, iaitu penyampai bercakap, khalayak mendengar. Dalam landskap komunikasi global yang bersifat interaktif dan rangkaian, pendekatan ini semakin tidak memadai. Khalayak bukan lagi penerima pasif; mereka menafsir, mencabar, menolak atau mengubah mesej yang diterima. Oleh itu, dakwah digital perlu difahami semula sebagai proses dialog sosial yang menekankan hubungan, kefahaman dan pengurangan konflik. Pendekatan dialogik ini perlu dilihat tidak melemahkan prinsip atau keyakinan agama. Sebaliknya, ia menekankan kaedah penyampaian yang beretika, berhemah dan bertanggungjawab terhadap kesan sosial komunikasi. Dalam konteks pembinaan keamanan, dakwah bukan bertujuan “memenangi hujah”, tetapi membina kepercayaan awam, mengurangkan salah faham, dan membuka ruang perbincangan yang bermaruah antara kelompok berbeza latar belakang agama, budaya dan pandangan politik. Etika komunikasi Islam sebagai infrastruktur keamanan: Pembinaan keamanan memerlukan infrastruktur sosial iaitu norma, amalan dan nilai yang membolehkan masyarakat hidup bersama tanpa keganasan. Etika komunikasi Islam boleh berfungsi sebagai sebahagian daripada infrastruktur ini melalui beberapa prinsip utama. Pertama, prinsip pencarian kebenaran dan pengesahan maklumat. Dalam ekosistem maklumat berkelajuan tinggi, tanggungjawab moral untuk menyemak kesahihan maklumat menjadi semakin berat. Penyebaran maklumat tidak sahih sering mencetuskan ketakutan, fitnah dan konflik antara kumpulan. Kedua, pemeliharaan maruah insan melalui bahasa. Polarisasi digital bergantung kepada proses penyahinsanan iaitu melabel pihak lain sebagai ancaman atau musuh. Etika komunikasi Islam menolak pendekatan ini dengan menuntut disiplin bahasa, khususnya apabila berbicara tentang kelompok yang berbeza pandangan atau kepercayaan. Ketiga, niat dan kesan komunikasi. Dalam perspektif Islam, komunikasi dinilai bukan sahaja berdasarkan kepetahan atau populariti, tetapi juga kesannya terhadap keharmonian
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=