OFFSTONE JAN EDITION 2026
5 DAKWAH DIGITAL, DIALOG DIGITAL DALAM MEMBINA KEAMANAN Oleh: Dr. Siti Suriani Othman suriani@usim.edu.my Penulis adalah pensyarah kanan, program Komunikasi, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan. Beliau mendapat pendidikan doktor falsafah di Nottingham Trent University, United Kingdom (UK), dalam jurusan bidang kewartawanan. Minat kajian beliau adalah kewartawanan cetak dan dalam talian di Malaysia. ABSTRACT In algorithm-driven media ecosystems, peacebuilding is increasingly communicative rather than institutional. This article argues that Islamic communication ethics, grounded in truth, dignity, accountability, and dialogue, can function as a social infrastructure for peace. Reframing digital da‘wah as dialogic, strategic, and media-literate practice enables constructive engagement amid polarization, misinformation, and attention economies. Pengenalan Dalam era komunikasi global yang dipacu oleh algoritma, ekonomi perhatian dan persaingan identiti, pembinaan keamanan tidak lagi boleh difahami sebagai tanggungjawab eksklusif diplomat, negara atau institusi antarabangsa. Keamanan hari ini semakin bersifat komunikatif, iaitu dibentuk melalui naratif, bahasa, simbol, dan etika pertuturan dalam ruang awam, khususnya di platform digital. Dalam konteks ini, tradisi komunikasi Islam yang berakar pada nilai kebenaran, amanah dan tanggungjawab sosial menawarkan sumbangan yang signifikan kepada agenda keamanan global. Namun, perlu kita sedari bahawa cabaran utama bukan sekadar menghasilkan kandungan “positif” atau mesej keagamaan yang baik. Ekosistem media digital saat ini sarat dengan insentif konflik: kandungan beremosi tinggi, ujaran kebencian, polarisasi, serta
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=