E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 89 jemaah haji dan umrah, khususnya dari sudut kesihatan, keselamatan fizikal dan persekitaran. LOKASI DAN TEMPOH KAJIAN Kajian ini melibatkan jemaah haji dan umrah Malaysia dalam tempoh 2021 hingga 2025. Data dikumpulkan melalui maklumat yang diperolehi daripada Tabung Haji, beberapa syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH), beberapa syarikat pengendali umrah berlesen, petugas haji, mutawif/mutawifah dan petugas kesihatan serta sumber-sumber rujukan lain yang boleh dipercayai. POPULASI DAN SAMPEL Populasi kajian terdiri daripada jemaah haji dan umrah Malaysia. Seramai 200 orang responden telah dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan ( purposive sampling) . Majoriti responden adalah dalam lingkungan usia 50 tahun ke atas, dan sebahagian besar daripadanya mempunyai penyakit kronik seperti hipertensi dan diabetes mellitus . Pemilihan kumpulan ini adalah signifikan kerana faktor usia dan penyakit kronik menjadikan mereka lebih berisiko untuk terdedah kepada hazard semasa ibadah haji dan umrah. INSTRUMEN KAJIAN Instrumen utama kajian ialah soal selidik berstruktur yang dibangunkan berdasarkan garis panduan kesihatan jemaah haji dan laporan tahunan Tabung Haji serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Soal selidik ini merangkumi: 1. Maklumat demografi (umur, jantina, latar kesihatan). 2. Jenis hazard kesihatan (contohnya penyakit berkaitan haba, jangkitan respiratori, penyakit kronik). 3. Hazard fizikal dan persekitaran (kesesakan, kemalangan kecil, jatuh, kemudahan infrastruktur). 4. Langkah mitigasi yang diamalkan (pemeriksaan kesihatan, vaksinasi, kepatuhan terhadap garis panduan yang ditetapkan). KAEDAH PENGUMPULAN DATA Data dikumpulkan melalui dua kaedah utama: • Pengedaran borang soal selidik kepada responden sebelum dan selepas mereka pulang dari Tanah Suci. • Rujukan dokumen sekunder seperti Laporan Tahunan Tabung Haji (2021 – 2023) dan Garis Panduan Pemeriksaan Kesihatan Bakal Haji (KKM, 2022 – 2023) bagi menyokong dapatan empirikal . KAEDAH ANALISIS DATA • Data yang diperoleh dianalisis menggunakan statistik deskriptif (frekuensi, peratusan, dan min/purata nilai) bagi mengenal pasti jenis hazard yang paling dominan serta hubungannya dengan faktor demografi. Hasil analisis turut dikongsikan dalam bentuk jadual dan carta bagi memudahkan kefahaman pembaca. PERTIMBANGAN ETIKA • Kajian ini mematuhi prinsip kerahsiaan dan etika penyelidikan. Semua responden telah dimaklumkan tentang tujuan kajian dan memberikan persetujuan secara sukarela untuk menyertai tinjauan ini. Identiti responden dirahsiakan dan data hanya digunakan untuk tujuan akademik serta penambahbaikan pengurusan jemaah haji dan umrah. ANALISA DAN DAPATAN KAJIAN PENDAHULUAN Bab ini membincangkan dapatan kajian berhubung hazard kesihatan dan fizikal yang dihadapi oleh jemaah haji dan umrah. Analisis ini menggunakan pendekatan triangulasi dengan menggabungkan data primer daripada soal selidik dan temu bual separa berstruktur bagi tempoh 2021 hingga 2025, serta data sekunder daripada

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=