E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 90 laporan Tabung Haji, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Kesihatan Arab Saudi, dan kajian antarabangsa berkaitan haji dan umrah bagi tempoh 2021 hingga 2025. Hasil analisis ini bukan sahaja memaparkan pola umum, malah memperincikan dimensi hazard yang kurang ditonjolkan dalam laporan rasmi, khususnya berkaitan hazard fizikal. ANALISIS DATA KUANTITATIF (SOAL SELIDIK) Kajian soal selidik melibatkan 200 responden yang terdiri daripada jemaah haji dan umrah Malaysia dari tahun 2022 – 2025. Majoriti responden ialah golongan berusia 50 tahun ke atas (68%), dengan sebahagian besar menghidap penyakit kronik seperti hipertensi (32%) dan diabetes mellitus (28%). Dapatan utama menunjukkan bahawa masalah pernafasan merupakan hazard paling dominan (41%), diikuti masalah sendi/otot (20%), strok haba dan keletihan (17%), serta beberapa kategori kecederaan fizikal. Hazard fizikal yang dilaporkan dalam laporan rasmi Tabu ng Haji hanya dicatat sebagai “kemalangan kecil” (6.7%) dapat diperincikan dalam kajian ini kepada tiga subkategori, iaitu hazard fizikal (7%), hazard pergerakan akibat jarak perjalanan yang jauh (9%), dan hazard permukaan jalan seperti lantai licin atau tidak rata (6%). Laporan Tahunan Tabung Haji merekodkan penyakit pernafasan (37.5%), masalah sendi/otot (21.8%), strok haba (8.4%) dan kecederaan kecil (6.7%) (Tabung Haji, 2022). Hampir 70% jemaah Malaysia adalah warga emas dengan penyakit kronik, menjadikan mereka golongan paling berisiko (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2023). Di peringkat antarabangsa, data Kementerian Kesihatan Arab Saudi bagi musim Haji 2024 melaporkan 2,764 kes keletihan haba dalam sehari dan 1,301 kematian akibat haba melampau (Memish, Yezli, & Alotaibi, 2024). Analisis longitudinal 2004 – 2022 mendapati penyakit kardiovaskular, diabetes dan hipertensi merupakan penyebab utama kematian jemaah (Gaddoury, Alzahrani, & Alotaibi, 2024). Dari segi hazard fizikal, insiden jatuh paling tinggi berlaku di Mina (46.2%), diikuti Masjidilharam dan Arafah (17.9%) (Alkeridy, Alrabiah, Alghadeer, Alanazi, & Alqahtani, 2024). Secara keseluruhan, data primer dan sekunder mengesahkan bahawa hazard kesihatan seperti penyakit berkaitan pernafasan dan strok haba kekal dominan, tetapi hazard fizikal juga signifikan serta wajar diberi perhatian oleh pihak pengurusan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=