E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 88 dan masalah kardiovaskular, serta penyuluhan kepada jemaah tentang kepentingan pengambilan ubat secara teratursemasa berada di luar negara (Yezli et al., 2021). Secara keseluruhan, pengurusan dan pencegahan terhadap penyakit tidak berjangkit dalam konteks haji dan umrah perlu diberi perhatian serius. Melalui perancangan yang teliti meliputi pemeriksaan kesihatan, pengurusan ubat-ubatan, pendedahan dan pendidikan awal secara berkala kepada bakal jemaah, dapat mengurangkan komplikasi yang mungkin timbul, sekali gus memastikan keselamatan dan kesejahteraan jemaah sepanjang pelaksanaan ibadah tersebut (Abbas et al., 2025; Mushi et al., 2021; Yezli et al., 2021). KESIMPULAN Sorotan literatur menunjukkan bahawa hazard utama dalam kalangan jemaah haji dan umrah termasuklah penyakit berjangkit (meningokokus, influenza, COVID-19, MERS), penyakit berkaitan haba, trauma fizikal, serta eksaserbasi penyakit kronik. Intervensi pencegahan berasaskan bukti perlu dilaksanakan secara menyeluruh termasuk vaksinasi, strategi pengurusan haba, pengawalan aktiviti keluar dan masuk jemaah dan persediaan ilmu berkaitan kesihatan pra-perjalanan dan sepanjang tempoh berada di bumi Haramain sehinggalah mereka selamat sampai ke tanah air. Contoh Jadual Matriks Kajian Tahun Reka Bentuk/Lokasi Populasi/Fokus Dapatan Utama Rujukan 2025 WHO DON (Umrah) Kluster meningokokus 11 kes IMD dikaitkan Umrah WHO, 2025 2025 ECDC Threats Report MERS-CoV di KSA 11 kes, 2 kematian ECDC, 2025 2025 CDC Yellow Book Haji dan Umrah Keperluan vaksin MenACWY, influenza, COVID-19 CDC, 2025 2024 J Travel Med Haji 2024 Kematian tinggi akibat haba JTM, 2024 2022 Trauma Haji 1443 Hospital Makkah Jatuh dan terseliuh dominan PMC, 2022 METODOLOGI Pengurusan kesihatan jemaah haji dan umrah merupakan aspek yang tidak boleh dipandang ringan. Berdasarkan jumlah jemaah yang sangat ramai, kepelbagaian latar belakang, tahap kesihatan dan peringkat usia serta faktor persekitaran di tanah suci, menyebabkan risiko hazard menjadi sesuatu yang amat perlu dititikberatkan. Hazard ini merangkumi pelbagai bentuk seperti cuaca panas melampau, penyakit berjangkit, kecederaan fizikal dan tekanan psikososial. Justeru, kajian ini dijalankan bagi meneliti bentuk hazard utama yang dihadapi jemaah serta langkah mitigasi yang telah dan perlu dilaksanakan oleh pihak berautoriti, termasuklah Tabung Haji, syarikat Pengendali Jemaah Haji (PJH), syarikat pengendali jemaah umrah berlesen, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi. REKA BENTUK KAJIAN Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif deskriptif dengan pendekatan tinjauan ( survey ). Pendekatan ini dipilih kerana sesuai untuk mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai bentuk hazard yang dihadapi oleh

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=