E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 85 disebabkan oleh ketidakpatuhan terhadap peraturan keselamatan sering menimbulkan kecederaan fizikal kepada penumpang (Oluwakoya & Ogundipe, 2019). Faktor usia dan kesihatan Faktor lain yang mempengaruhi keselamatan di lapangan terbang ialah usia dan keadaan kesihatan penumpang itu sendiri, terutamanya bagi jemaah haji dan umrah yang kebanyakannya terdiri daripada warga emas. Warga emas biasanya berhadapan dengan masalah mobiliti termasuklah sakit sendi dan keletihan, yang menyebabkan mereka lebih terdedah kepada kemalangan kecil semasa tergesa-gesa untuk berjalan ke ruangan menunggu. Penegasan tentang larangan berlari dan pengenalan sistem maklumat yang lebih baik di lapangan terbang dapat membantu mengurangkan risiko kemalangan yang melibatkan penumpang daripada golongan ini (Bagdi et al., 2023). Oleh itu, satu pendekatan menyeluruh diperlukan untuk menangani faktor risiko yang berkaitan dengan jarak perjalanan, penggunaan eskalator, dan masalah usia serta kesihatan ketika di lapangan terbang. Pelaksanaan langkah-langkah pengurusan risiko yang lebih berkesan, bersama dengan saluran ilmu dan maklumat keselamatan yang terperinci, adalah penting untuk meningkatkan keselamatan di lapangan terbang (Bugayko et al., 2022). Cadangan Pencegahan • Gunakan lif dan travelator (laluan pejalan kaki yang bergerak secara mendatar). Elakkan penggunaan eskalator jika membawa barangan berat, menggunakan troli atau ketika berada dalam keadaan kesihatan yang tidak stabil. • Manfaatkan perkhidmatan buggy dan kerusi roda. KLIA menyediakan khidmat buggy dan bantuan kerusi roda. Jemaah haji dan umrah digalakkan memohon khidmat ini, terutama bagi warga emas dengan pemantauan petugas. • Berdisiplin dan berhati-hati Jangan memaksa diri untuk bergerak laju. Beri ruang kepada penumpang lain sekiranya berjalan perlahan, pegang pemegang eskalator, dan elakkan menggunakan telefon bimbit ketika sedang menaiki dan menuruni eskalator. • Kesedaran dan pengawasan Pengurusan Malaysian Airports, Tabung Haji, Pengelola Jemaah Haji (PJH), agensi pengendali umrah dan pengiring jemaah (petugas) perlu menekankan soal keselamatan. Papan tanda peringatan juga wajar dipertingkatkan di kawasan eskalator, travelator , lif, Aerotrain , dan kawasan-kawasan yang berpotensi berlakunya kemalangan oleh pihak pengurusan. 2. Penyakit Berjangkit ( Communicable Diseases ) Kajian terkini menunjukkan bahawa penyakit berjangkit merupakan masalah kesihatan utama dalam kalangan jemaah haji dan umrah. WHO melaporkan kluster meningokokus yang dikaitkan dengan musim haji dan umrah 2025, sekali gus menegaskan keperluan vaksin MenACWY sebagai syarat wajib untuk mengurangkan risiko wabak. Selain itu, penyakit respiratori seperti influenza dan COVID-19 juga telah dikesan, manakala jangkitan gastrointestinal masih berlaku pada kadar sederhana. Risiko zoonosis MERS-CoV tetap wujud walaupun kadar kes yang direkodkan adalah rendah. Salah satu hazard utama yang tidak nampak secara mata kasar tetapi telah dikenal pasti ialah peningkatan risiko penularan penyakit berjangkit, lebih-lebih lagi pengalaman pahit berhadapan dengan pandemik COVID-19. Kajian menunjukkan bahawa apabila bilangan jemaah meningkat, usaha

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=