E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 84 Kurangnya pemahaman jemaah terhadap potensi hazard dapat meningkatkan risiko insiden yang disedari atau tanpa disedari selama berada dalam proses sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan ibadah tersebut hingga boleh menjadi satu kemalangan yang menyayat hati. Contohnya, pada 31 Julai 2019, Astro Awani melaporkan bahawa salah seorang petugas Malaysia Airports yang bernama Hamdan Maarof telah menyelamatkan seorang jemaah haji yang hampir terjatuh daripada eskalator di KLIA. Antara punca yang boleh menyebabkan insiden seperti ini berlaku adalah kerana kecuaian, kurangnya pendedahan terhadap risiko yang bakal berlaku, kepenatan serta bebanan membawa barangan ketika melalui fasiliti di lapangan terbang. Insiden seperti ini bukan sahaja boleh berlaku kepada jemaah haji dan umrah, malah pengunjung biasa di lapangan terbang yang mana suasananya sibuk dan berisiko sekiranya tidak berhati-hati ketika menggunakan eskalator, travelator atau kemudahan-kemudahan yang lain. Kajian menunjukkan bahawa kondisi berkumpul dalam keadaan yang sesak di tempat-tempat seperti lapangan terbang sering menjadi penyumbang kepada pelbagai kemalangan (Almehmadi & Alqahtani, 2023). Misalnya, penggunaan eskalator di lapangan terbang, ia sering dikaitkan dengan risiko kecederaan yang tinggi apabila pengguna tidak mematuhi arahan keselamatan. Dalam konteks jemaah haji dan umrah yang sering membawa barangan yang berat, keletihan, tekanan emosi dan fizikal juga mempengaruhi kemampuan mereka untuk melihat dan menghindari risiko sehingga boleh menyebabkan kemalangan (Parker et al., 2024). Oleh sebab itu, langkah-langkah pencegahan yang lebih ketat dan kepentingan edukasi preventif tentang risiko semasa perjalanan dan ketika berada di lokasi yang sesak adalah sangat diperlukan bagi mengurangkan potensi berlakunya kemalangan yang tidak diingini. (Goni et al., 2021). Kesimpulannya, ibadah haji dan umrah melibatkan tanggungjawab kita bersama untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan para jemaah. Memberi kefahaman serta pendedahan yang sewajarnya berkaitan hazard (bahaya) yang mungkin berlaku dan pendidikan mengenai cara menghindari risiko adalah langkah paling penting untuk menjadikan pengalaman ibadah tersebut bukan sekadar perjalanan spiritual yang mencabar malah ia adalah sebuah pengalaman yang selamat dan menyenangkan. (Lucchetti et al., 2021). SOROTAN LITERATUR Bab ini membincangkan sorotan literatur berkaitan hazard (bahaya) yang dihadapi oleh jemaah haji dan umrah. Tinjauan ini mengumpulkan bukti terkini daripada garis panduan rasmi serta kajian akademik dari tahun 2021 hingga 2025. Fokus diberikan kepada bahaya yang datangnya daripada kelalaian jemaah dan pihak pengurusan, penyakit berjangkit, penyakit berkaitan haba, trauma dan kecederaan fizikal, himpitan orang ramai serta penyakit tidak berjangkit. 1. Hazard berkaitan fizikal, pergerakan dan permukaan jalan Jarak perjalanan yang jauh Contohnya di Kuala Lumpur International Airport (KLIA), keselamatan dan kesihatan penumpang khususnya bagi warga emas dan mereka yang membawa barangan berat, menghadapi cabaran serius yang perlu ditangani. Jarak yang jauh terpaksa dilalui dari kaunter pendaftaran ( check in ) ke pintu pelepasan seterusnya menuju ke ruangan menunggu ( boarding room ) kapal terbang dianggarkan melebihi satu kilometer, ia merupakan satu cabaran besar bagi mereka yang mempunyai mobiliti terhad. Warga emas cenderung mengalami keletihan awal dan sering mempunyai masalah mobiliti ini dan risiko untuk jatuh itu adalah sangat tinggi. Pelbagai kajian menunjukkan bahawa keletihan fizikal dan tekanan mental akibat perjalanan yang jauh boleh menyebabkan ketidakstabilan langkah dan meningkatkan risiko jatuh (Sahic & Cinac, 2022). Penggunaan eskalator dan troli Penggunaan eskalator dan troli di lapangan terbang memainkan peranan signifikan dalam keselamatan penumpang. Meskipun Malaysia Airports menyarankan agar penumpang tidak menggunakan troli dan membawa barangan yang berat di atas eskalator demi keselamatan, kenyataannya masih terdapat penumpang yang mengabaikan peraturan tersebut, ia meningkatkan risiko kemalangan seperti terjatuh atau terhimpit. Kajian di lapangan terbang menunjukkan bahawa kemalangan berkaitan eskalator yang
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=