E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 80 Secara keseluruhannya, metodologi ini menekankan pembangunan berasaskan kitaran berulang dengan penglibatan pakar kandungan yang berterusan pada setiap fasa pembangunan, bermula daripada analisis keperluan sehinggalah kepada penambahbaikan. Pendekatan ini bukan sahaja memastikan PEKTABOT berfungsi dari segi teknikal, tetapi juga menjamin bahawa kandungan yang dipaparkan adalah sahih, konsisten, dan selari dengan garis panduan rasmi Tabung Haji. Malah, proses semakan berulang oleh pakar membolehkan sebarang ketidaktepatan dapat diperbetulkan lebih awal, manakala data interaksi yang direkodkan melalui sistem membekalkan input berharga untuk penambahbaikan berterusan. Dengan cara ini, PEKTABOT berpotensi untuk berkembang sebagai sebuah platform bimbingan digital yang bukan sahaja memenuhi keperluan semasa jemaah, tetapi juga mampu disesuaikan dengan cabaran serta keperluan baharu pada masa hadapan. PERBINCANGAN SUMBANGAN POTENSI Inovasi PEKTABOT dijangka membawa sumbangan signifikan kepada bidang bimbingan haji dan umrah dalam konteks transformasi digital. Dari sudut akademik, sistem ini menyumbang kepada pengembangan ilmu dalam aplikasi kecerdasan buatan (AI) untuk pendidikan agama, khususnya melalui adaptasi model penerimaan teknologi (TAM) dalam konteks ibadat haji. Dari sudut praktikal, pembangunan PEKTABOT berupaya meningkatkan keberkesanan perkhidmatan bimbingan Tabung Haji dengan menyediakan jawapan pantas, tepat, serta konsisten berdasarkan sumber rasmi yang disahkan. Hal ini membolehkan jemaah mendapat maklumat yang seragam dan mengurangkan kekeliruan yang mungkin timbul akibat rujukan daripada pelbagai saluran. Tambahan pula, dari perspektif sosial, inovasi ini mampu memperluas capaian maklumat bimbingan haji kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira lokasi atau masa. Potensi ini seiring dengan dapatan Aleid & Azmi (2025) yang menekankan keperluan sistem soal jawab digital berasaskan fatwa haji untuk memastikan ketepatan dan kesahihan jawapan. Kajian oleh (Sholeh et al., 2024) turut menekankan bahawa integrasi chatbot dalam pendidikan Islam boleh menjadi instrumen baharu yang memperkukuh pengajaran agama. Di samping itu, kajian tempatan menunjukkan chatbot diterima baik dalam konteks pendidikan dan pembelajaran maya kerana faktor kegunaan, kemudahan dan keberkesanan komunikasi (Che Wan Ahmad et al., 2024). Secara keseluruhan, PEKTABOT berpotensi menjadi wahana transformasi yang menghubungkan keperluan spiritual jemaah dengan kemajuan teknologi digital. KEKANGAN DAN CABARAN Walaupun PEKTABOT menjanjikan sumbangan besar, terdapat beberapa kekangan dan cabaran yang perlu diambil kira. Pertama, isu ketepatan maklumat kekal sebagai cabaran utama kerana kesilapan kecil dalam memberikan jawapan boleh membawa implikasi besar terhadap amalan ibadat. Hal ini disokong oleh dapatan Wahid (2025) yang menegaskan kepatuhan fiqh sebagai elemen kritikal dalam keberkesanan chatbot Islamik. Kedua, tahap literasi digital dalam kalangan jemaah adalah berbeza-beza dimana sebahagian besar jemaah warga emas mungkin menghadapi kesukaran menggunakan aplikasi digital dengan berkesan. Kajian Rakhmadi et al. (2025) turut membuktikan bahawa aplikasi mudah alih hanya memberi kesan optimum jika tahap literasi digital pengguna mencukupi. Ketiga, faktor penerimaan budaya dan kepercayaan terhadap teknologi juga memainkan peranan penting dalam memastikan chatbot ini dapat diterima secara meluas oleh jemaah. Selain itu, cabaran teknikal seperti keterbatasan pangkalan data, keperluan kemas kini berterusan, serta risiko ralat sistem turut perlu diberi perhatian. Justeru, strategi kawalan kualiti melalui penglibatan pakar fiqh dan pakar teknologi adalah amat penting bagi memastikan keberkesanan jangka panjang PEKTABOT. PENUTUP Secara keseluruhannya, pembangunan PEKTABOT sebagai inovasi chatbot berasaskan AI merupakan langkah penting dalam menyokong transformasi digital bimbingan haji dan umrah. Kajian ini menekankan bahawa penggunaan AI mampu membantu standardisasi jawapan, mengurangkan beban manual pegawai bimbingan, serta memperluas capaian maklumat kepada jemaah tanpa batasan masa dan lokasi. Potensi ini disokong oleh
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=