E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 79 Rajah 2. Antaramuka PEKTABOT Selain itu, prototaip turut dibangunkan dengan memasukkan mekanisme respons sandaran, iaitu respons automatik yang dipaparkan apabila sistem gagal mengenal pasti input atau soalan yang diberikan. Respons sandaran berfungsi sebagai kawalan kualiti untuk mengelakkan chatbot memberi jawapan yang salah atau mengelirukan, di samping menyediakan pilihan eskalasi kepada rujukan pakar atau dokumen rasmi Tabung Haji. Mekanisme ini juga penting kerana setiap soalan yang tidak dapat dijawab akan direkodkan dalam pangkalan data untuk dianalisis semula, seterusnya menjadi asas penambahbaikan kandungan secara berterusan. Justeru, gabungan pembina borang yang fleksibel dan mekanisme respons sandaran yang berfungsi sebagai pelindung maklumat menjadikan Jotform platform yang sesuai untuk membangunkan PEKTABOT sebagai prototaip chatbot bimbingan haji. Rajah 3 merupakan contoh mesej respons sandaran dalam prototaip PEKTABOT. Rajah 3. Mesej respons sandaran dalam prototaip PEKTABOT Akhir sekali, fasa ujian dalaman dan semakan pakar dilaksanakan untuk menilai kebolehfungsian chatbot serta ketepatan jawapan. Ujian ini membolehkan ralat teknikal dikesan lebih awal dan jawapan yang kurang tepat diperbetulkan. Proses semakan pakar juga memastikan chatbot mematuhi prinsip kesahihan maklumat serta meningkatkan keyakinan pengguna, sebagaimana dinyatakan oleh (Sholeh et al. (2024) bahawa integrasi AI dalam pendidikan agama memerlukan kawalan kualiti yang ketat untuk mengekalkan kredibiliti. Berdasarkan maklum balas yang diperoleh, penambahbaikan dijalankan secara berterusan sehingga chatbot bersedia untuk digunakan dalam skala lebih luas.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=