E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 77 berkaitan dengan persepsi bahawa sistem ini mudah diakses, mesra pengguna dan tidak membebankan dari segi teknikal. Beberapa kajian semasa menyokong relevansi TAM dalam penggunaan chatbot dan AI dalam pendidikan. Sebagai contoh, Al-Abdullatif (2023) menggabungkan TAM dengan Value-Based Adoption Model untuk meramalkan sikap pengguna terhadap chatbot pembelajaran, menunjukkan bahawa selain kegunaan dan kemudahan, nilai yang dirasai dan risiko yang dirasai turut mempengaruhi penerimaan. Begitu juga, Rahman et al. (2025) mendapati bahawa minda pengguna terhadap AI chatbot adalah dipengaruhi oleh kecekapan teknologi dan keberkesanan pembelajaran dalam pengajaran dalam talian, selari dengan konstruk TAM. Kajian oleh (Sholeh et al., 2024) pula membincangkan potensi dan cabaran penggunaan chatbot dalam pendidikan agama Islam, khususnya isu norma sosio-budaya dan kesahihan kandungan. Sementara itu, kajian (Akram et al., 2024) menerapkan model TAM yang diperluas dengan fokus pada elemen kemanusiaan seperti ketelusan dan personalisasi dalam penggunaan chatbot, dan mendapati persepsi kegunaan dan kemudahan terus menjadi determinan utama niat penggunaan. Justeru, kerangka teori TAM ini dipilih kerana ia bukan sahaja menyediakan asas konseptual yang kukuh dalam menilai konstruk utama seperti kegunaan dan kemudahan penggunaan, tetapi juga membolehkan adaptasi kepada konteks agama dan bimbingan haji melalui integrasi elemen nilai, kepercayaan, dan norma sosial, yang telah ditunjukkan dalam kajian-kajian terkini yang telah dinyatakan. METODOLOGI Rajah 1 menunjukkan carta alir metodologi pembangunan PEKTABOT berasaskan pendekatan reka bentuk dan pembangunan sistem (Design and Development Research) . Proses bermula dengan analisis keperluan, diikuti penyusunan kandungan, pembangunan prototaip melalui Jotform, ujian dalaman serta semakan pakar, sebelum diteruskan dengan penambahbaikan secara berterusan. Rajah 1. Carta alir metodologi Pembangunan PEKTABOT Kajian ini menggunakan pendekatan reka bentuk dan pembangunan sistem kerana fokus utama adalah menghasilkan satu prototaip chatbot AI yang berfungsi sebagai PEKTA digital. Pendekatan DDR sesuai kerana ia berasaskan pembangunan sistem secara berulang melibatkan analisis keperluan, pembinaan prototaip, penilaian, serta penambahbaikan berterusan sehingga sistem stabil (Awal & Haque, 2025). Fasa pertama ialah analisis keperluan, iaitu peringkat awal yang menjadi asas kepada keseluruhan pembangunan PEKTABOT. Pada fasa ini, maklumat dikumpulkan secara sistematik daripada dokumen rasmi seperti Manual
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=