E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 766 Jadual 4: Pandangan mazhab dan ulama mengenai bilangan doktor untuk menentukan penyakit tiada harapan sembuh Pandangan Ulama/Mazhab BilanganDoktor Diperlukan Syarat Lain (Muslim, Adil, Pakar) Majoriti Ulama (Syafi’i, Hanafi, Hanbali) Sekurang-kurangnya 2 doktor pakar Muslim, adil, pakar Pandangan Majma’ Fiqh al-Islami 3 doktor pakar Muslim, adil, pakar Pandangan Ulama/Mazhab BilanganDoktor Diperlukan Syarat Lain (Muslim, Adil, Pakar) Pandangan Maliki s Sebahagian Ulama Kontemporari 1 doktor pakar Amanah, pakar (tidak semestinyaMuslim) c) Penyakit tersebut menyebabkan ketidakmampuan kekal untuk menunaikan haji sama ada kerana fizikal, mental atau risiko kesihatan yang berat. 90 Perbahasan utama fiqh lebih menekankan aspek fizikal, ketidakmampuan mental yang menyebabkan seseorang tidak mampu memahami atau melaksanakan ibadah haji juga termasuk dalam kategori ketidakmampuan kekal. Syarat utama untuk wajib haji ialah seseorang itu berakal dan mampu membuat keputusan sendiri. Jika penyakit tersebut membawa risiko kesihatan yang berat seperti penyakit berjangkit yang boleh membahayakan diri sendiri atau orang lain atau penyakit yang boleh menyebabkan kematian atau mudarat besar jika melakukan perjalanan haji, maka ia dianggap sebagai penghalang kekal. Jika seseorang tidak mampu menunaikan haji walaupun dengan bantuan seperti kenderaan khas, pengiring atau alat sokongan, maka dia juga dianggap tidak mampu secara kekal. Ketidakmampuan terbahagi kepada dua iaitu ketidakmampuan sementara dan ketidakmampuan kekal. Ketidakmampuan sementara seperti sakit yang boleh sembuh, maka diwajibkan untuk menunggu sehingga sembuh. Ketidakmampuan kekal pula seperti penyakit kronik, tua yang sangat lemah atau kecacatan kekal, maka gugur kewajipan haji secara langsung dan boleh dilakukan secara wakil. Syarak menegaskan bahawa kemudaratan mesti dihilangkan dan tidak membebankan seseorang dengan sesuatu yang di luar kemampuannya. Maka, jika penyakit itu kekal dan tiada harapan sembuh, individu tersebut dibenarkan melakukan badal haji. Di dalam Garis Panduan Pemeriksaan Bakal Jemaah Haji Edisi 10 pula telah menyatakan pengkelasan yang telah diubahsuai untuk fungsi ( modified functional classification ). Fungsi Kelas I dan II adalah pesakit yang boleh berdikari. Fungsi Kelas III pula adalah pesakit yang memerlukan bantuan untuk bergerak. Ia merangkumi sakit atau lelah (penat) atau tidak berkeupayaan apabila melakukan kerja keperluan harian seperti mandi,memberus gigi, bercakap banyak dan memakai pakaian. Fungsi Kelas IV adalah hidup bergantung atas bantuan orang lain. Ia merangkumi sakit atau lelah (penat) atau tidak berkeupayaan semasa tidak melakukan apa-apa kerja atau pun semasa rehat. Fungsi Kelas III dan IV merupakan kategori yang tidak boleh diluluskan untuk menunaikan haji bagi tahun semas a 91 k erana kebergantungan kepada bantuan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=