E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 767 PENUTUP Penentuan status tiada harapan sembuh bagi membolehkan seseorang pesakit melaksanakan ibadah haji melalui badal haji merupakan isu penting yang perlu ditangani secara bersepadu antara disiplin fiqh dan perubatan. Dari sudut perubatan, pengesahan status ini perlu berpandukan kepada laporan bertulis daripada doktor pakar bertauliah kerana hanya kepakaran perubatan yangmampumenilai tahap penyakit dan prognosisnya secara objektif. 92 Dari sudut fiqh pula, pertimbangan terhadap syarat istitaʿah (kemampuan) dan pemeliharaan maqāṣid al- sharīʿah menjadi asas dalam menentukan kelayakan seseorang pesakit untuk mendapat rukhsah badal haji . 93 Selain itu, syarat yang digariskan oleh fuqaha perlu ditekankan iaitu pesakit masih berstatus mukallaf dengan akal yang sempurna serta ketidakmampuan yang dialami adalah bersifat kekal tanpa harapan sembuh. Hal ini sejajar dengan pandangan jumhur ulama yang mengaitkan ketidakmampuan kekal dengan keharusan menghantar badal haji manakala ketidakmampuan sementara tidak membolehkan pelaksanaannya. 94 Berdasarkan analisis ini, dua cadangan utama dikemukakan. Pertama, garis panduan rasmi perlu diwujudkan melalui kerjasama erat antara pihak berkuasa agama dan institusi perubatan. Garis panduan ini akan menjadi dokumen piawai bagi menentukan status pesakit tiada harapan sembuh yang membolehkan pelaksanaan badal haji. Kedua, pendidikan masyarakat perlu diperkasa melalui seminar, media sosial dan bahan penerbitan agar kefahaman tentang konsep, batasan dan peranan badal haji lebih jelas. Langkah ini penting bagi mengelakkan salah faham atau penyalahgunaan konsep badal haji serta memastikan pelaksanaannya bertepatan dengan prinsip syariah dan etika perubatan. PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan kepada Lembaga Tabung Haji Malaysia atas sumbangan dana melalui geran “Jenis -jenis penyakit yang tiada harapan sembuh bagi membolehkan pelaksanaan badal haji: Penilaian dari perspektif Fiqh dan Perubatan” yang telah membantu pelaksanaan kajian ini. Sokongan tersebut amat dihargai dan memainkan peranan penting dalammencapai objektif penyelidikan. RUJUKAN 1. Abū ʿAbd Allāh al- Tatāʾī. Jawāhir al -Durar fī Ḥall Alfāẓ al- Mukhtaṣar. Edited by Abū al- Ḥasan Nūrī Ḥasan Ḥāmid al- Misallātī. Beirut: Dār Ibn Ḥazm, 2014/1435. 2. Al- Kāsānī. Badā’iʿ al - Ṣanā’iʿ fī Tartīb al - Sharā’iʿ. Beirut: Dār al-Kutub al- ʿIlmiyyah, 1995. 3. al- Nawawī, Yaḥyā b. Sharaf. Al- Majmūʿ Sharḥ al-Muhadhdhab. Beirut: Dār al-Fikr, 1996. 4. Al- Qaraḍāwī, Yūsuf. Fiqh al- Ṭibb wa-al- Ḥayāh. Cairo: Maktabat Wahbah, 1994. 5. ʿAbd Allāh al- Ṭayyār. Wabl al- ghamāma fī sharḥ ʿUmdat al-fiqh li-Ibn Ǫudāma. al- Riyāḍ: Dār al- Waṭan li-l-Nashr wa-l- Tawzīʿ, 1st ed., 1429 – 1432 AH. 6. Abū Bakr al- Bayhaqī. Al- Khilāfiyyāt bayna al- Imāmayn al- Shāfiʿī wa Abī Ḥanīfa wa Aṣḥābih. n.p.: n.d. 7. ʿAbd al - Majīd Jumʿa al - Jazāʾirī Abū ʿAbd al - Raḥmān. Al- Ǫawāʿid al -fiqhiyya al-mustakhraja min Iʿlām al- muwaqqiʿīn. al-Khubar: Dār Ibn al-Qayyim; al-Khubar: Dār Ibn ʿAffān, n.d. 8. ʿAbd al- ʿAzīz b. ʿAbd Allāh al- Rājḥī. Tawfīq al -Rabb al- Munʿim bi - sharḥ Ṣaḥīḥ al - Imām Muslim. al- Riyāḍ: Markaz ʿAbd al- ʿAzīz b. ʿAbd Allāh al- Rājḥī, 1439 H. 9. Al- Kāsānī. Badā’iʿ al - Ṣanā’iʿ fī Tartīb al - Sharā’iʿ. Beirut: Dār al-Kutub al- ʿIlmiyyah, 1995. 10. Ḥamad al- Hājarī. Al- qawāʿid wa-l- ḍawābiṭ al-fiqhiyya fī al- ḍamān al- mālī. al- Saʿūdiyyah: Dār
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=