E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 765 Para fuqaha sepakat bahawa penilaian tentang tahap penyakit untuk menentukan rukhsah (keringanan) atau memberi kesan hukum tertentu perlu berdasarkan pengetahuan dan kepakaran perubatan dan bukan sekadar sangkaan pesakit sendiri atau keluarganya. Sangkaan keluarga atau orang awam tidak diambil kira dalam penentuan status penyakit kerana mereka tidak mempunyai ilmu dan kepakaran yang diperlukan. Hanya penilaian pakar perubatan yang diiktiraf dan memenuhi syarat-syarat tertentu diterima dalam hukum. Penilaian doktor pula mesti berdasarkan pengalaman, kemahiran dan bukti klinikal yang jelas dan bukan sekadar andaian atau sangkaan. Mazhab Syafi’i, Hanafi dan Hanbali mensyaratkan doktor Muslim yang adil dan dipercayai kerana ia dianggap sebagai syahadah dalam urusan agama dan bukan sekadar penilaian teknika l. 83 Mazhab Maliki pula mensyaratkan doktor yang amanah dan pakar akan tetapi tidak mensyaratkan doktor Muslim untuk menentukan sakit yang tiada harapan sembu h. 84 Terdapat juga pandangan yang membolehkan mengambil pendapat doktor bukan Muslim jika beliau amanah dan pakar dalam urusan teknikal dan pengalaman perubata n. 85 I bn Taimiyyah dan Ibn Qayyim serta sebahagian ulama kontemporari juga membenarkan penilaian doktor bukan Muslim jika beliau amanah dan pakar dalam urusan teknikal dan pengalaman perubatan dengan syarat kepercayaan dan integriti tetap dijag a. 86 Jadual 3 menunjukkan ringkasan kepada perbincangan di atas. Jadual 3: Pandangan mazhab dan ulama terhadap syarat doktor untuk menentukan penyakit yang tiada harapan sembuh Mazhab/Ulama Muslim Amanah s pakar Penerimaan pendapat doktor bukanmuslim Syafi’i Ya Ya Tidak Hanafi Ya Ya Tidak Hanbali Ya Ya Tidak (pandangan utama) Maliki Tidak Ya Ya (jika tiada doktor Muslim setaraf) Ibn Taimiyyah s Ibn Qayyim Tidak Ya Ya Bagi bilangan doktor pakar, kebanyakan ulama mensyaratkan sekurang-kurangnya dua orang doktor Muslim, adil, dan pakar untuk diterima penilaian mereka dalam isu penyakit yang tiada harapan sembuh. 87 Terdapat juga pandangan yang mensyaratkan tiga orang doktor pakar terutamanya dalam kes yang sangat kritikal atau melibatkan keputusan besar seperti penentuan penyakit yang membawa kepada kematian. 88 Sebahagian ulama kontemporari berpendapat bahawa jika seorang doktor benar-benar pakar dan amanah, pendapatnya boleh diterima, 89 tetapi majoriti tetap mensyaratkan dua atau lebih untuk mengelakkan kesilapan dan menjaga hak-hak yang terlibat. Jadual 4menunjukkan ringkasannya.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=