E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 764 pendekatan multidisiplin dalam menyokong penjaga secara holistik. Antara keadaan yang sering dikaitkan dengan penyakit terminal ialah kanser tahap lanjut, penyakit paru-paru obstruktif kronik ( chronic obstructive pulmonary disease, COPD ), kegagalan jantung kronik, penyakit hati lanjut, kegagalan buah pinggang kronik serta anoreksia nervosa yang teruk dan berpanjangan ( severe and enduring anorexia nervosa, SE-AN ). Ketepatan prognosis adalah sangat penting tetapi sering mencabar. Faktor-faktor seperti status prestasi pesakit, tahap enzim lactate dehydrogenase , kiraan limfosit, tahap albumin, dan tempoh dari diagnosis awal hingga ke diagnosis terminal digunakan untuk meramalkan kelangsungan hidup. Gejala yang lazim termasuk sesak nafas ( dyspnea ), hilang selera makan serta kehilangan berat badan ( anorexia-cachexia ), kesukaran menelan ( dysphagia ) dan kekeliruan atau delirium . Pengurusan kesakitan merupakan aspek penting dalam penjagaan pesakit terminal kerana sistem penghantaran ubat secara intratekal terbukti berkesan bagi mengawal kesakitan berkaitan kanser. 77 Kanser tahap akhir pula merujuk kepada fasa terakhir penyakit kanser apabila ia sudah berada pada peringkat lanjut dengan prognosis yang buruk serta kebiasaannya dengan jangka hayat hanya beberapa bulan atau kurang. Pesakit menghadapi kemerosotan fizikal yang ketara serta penekanan kepada rawatan paliatif berbanding rawatan kuratif. Pesakit kanser tahap akhir kebiasaannya mempunyai status prestasi yang rendah seperti skor ECOG 3 – 4 yang menunjukkan mereka terlantar di katil atau sangat terhad dalam kemampuan menguruskan dir i. 78 A lat ramalan seperti Onodera’s Prognostic Nutritional Index (O-PNI) dan nisbah CRP/Albumin digunakan untuk mengukur jangka hayat dalam tempoh singkat dengan skor yang lebih rendah menunjukkan masa hidup yang lebih pendek. Purata jangka hayat pesakit kanser tahap akhir kebiasaannya 3 – 4 bulan, khususnya dalam kes seperti karsinoma hepatoselular terminal ( terminal hepatocellular carcinoma, HCC ) . 79 Model ramalan seperti Imminent Mortality Predictor in Advanced Cancer (IMPAC) pula digunakan untuk menganggarkan kebarangkalian kelangsungan hidup sekali gus membantu dalam perancangan penjagaan di hujung hayat. Fuqaha’ menegaskan bahawa penyakit yang tidak ada harapan sembuh ialah penyakit yang telah disahkan oleh doktor pakar sebagai kronik, progresif dan tidak dapat dipulihkan serta menyebabkan ketidakmampuan kekal untuk menunaikan ibadah atau menjalani kehidupan normal. Dalam konteks ini, penyakit seperti kanser tahap akhir yang telah merebak dan disahkan oleh pakar sebagai tidak boleh disembuhkan serta prognosis jangka hayat yang singkat termasuk dalam kategori in i. 80 P enentuan status penyakit mesti dibuat oleh doktor pakar yang adil dan berkelayakan. Kriteria tambahan bagi penyakit ini ialah prognosis jangka hayat yang singkat dan harapan untuk sembuh adalah sangat rendah atau tiada. Penyakit ini juga menyebabkan ketidakmampuan kekal untuk menunaikan ibadah atau menjalani kehidupan normal. Jika penyakit tersebut kekal dan tiada harapan sembuh, individu tersebut dibenarkan mengambil rukhsah (keringanan) dalam ibadah seperti fidyah bagi puasa atau badal haji selari dengan prinsip fiqh dan penilaian perubatan moden. Berikut merupakan syarat-syarat yang telah dibincangkan dalam perspektif fiqh bagi kesemua penyakit diatas: a) Penyakit mesti bersifat kronik, kekal dan tidak ada harapan sembuh menurut penilaian pakar perubatan 81 Penyakit yang dikategorikan sebagai kronik ialah penyakit yang berterusan dalam jangkamasa panjang, tidak sembuh dalam tempoh yang biasa dan mengganggu fungsi tubuh secara berterusan. Contohnya, penyakit seperti lumpuh, tuberkulosis kronik dan penyakit yang menyebabkan seseorang terpaksa berbaring di atas katil tanpa kemampuan untuk bergerak bebas. Penyakit yang tiada harapan sembuh pula ialah penyakit yangmenurut penilaian pakar perubatan tidak mungkin pulih secara kebiasaan atau secara perubatan moden. Penilaian ini mesti berdasarkan pengalaman, kepakaran dan tanda-tanda klinikal yang jelas. Penentuan bahawa penyakit itu kronik dan tidak ada harapan sembuh mesti dibuat oleh pakar perubatan yang berkelayakan, Muslim, adil dan berpengalaman. Dalam karya-karya fiqh, istilah yang digunakan bagi penyakit yang tiada harapan sembuh disebut sebagai lā yurjā burʾuhu . b) Penilaianmesti dibuat oleh doktor pakar yangdiiktiraf dan bukan sekadar sangkaankeluarg a 82
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=