E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 763 bagi penyakit buah pinggang kronik ( chronic kidney disease, CKD ), yang kehilangan fungsi buah pinggang secara kekal sehingga memerlukan rawatan penggantian buah pinggang ( renal replacement therapy, RRT ) untuk mengekalkan kehidupa n. 70 Pilihan rawatan utama bagi ESRD termasuk dialisis (hemodialisis dan dialisis peritoneal) serta pemindahan buah pinggang. ESRD memberi kesan ketara terhadap kualiti hidup pesakit, kesihatan fizikal dan mental serta fungsi sosial. Pesakit dialisis mengalami kualiti hidup yang lebih rendah berbanding populasi umum dengan aspek kesihatan fizikal lebih terjejas berbanding aspek kesihatan menta l. 71 P esakit warga emas dengan ESRDmenghadapi cabaran tambahan seperti kerapuhan ( frailty ), fungsi fizikal yang terjejas dan gangguan kognitif yang boleh menjejaskan hasil dialisis serta kesihatan keseluruhan. Penyakit jantung tahap akhir yang dikelaskan sebagai New York Heart Association (NYHA) Class IV pula merupakan bentuk kegagalan jantung yang paling teruk dengan gejala yang berlaku ketika rehat dan ketidakupayaan untuk melakukan sebarang aktiviti fizikal tanpa rasa tidak selesa. Pesakit dengan kegagalan jantung NYHA Kelas IV mengalami simptom yang serius serta had fungsi yang ketara meskipun telah menerima terapi perubatan yang optimu m. 72 Prognosis bagi pesakit dalam kategori ini secara umumnya adalah buruk dengan kadar kematian yang tinggi serta kekerapan dimasukkan ke hospital. Sebagai contoh, satu kajian menunjukkan bahawa pesakit NYHA Kelas IV mempunyai risiko kematian dalam hospital yang jauh lebih tinggi berbanding pesakit NYHA Kelas II atau III. 73 Walaupun terdapat kemajuan dalam rawatan farmakologi, pesakit dengan simptomNYHAKelas IV sering kurang diwakili dalam ujian klinikal menyebabkan bukti untuk panduan keputusan rawatan ubat agak terhad. Bagi pesakit yang tidak layak untuk intervensi pembedahan atau penggunaan alat perubatan, rawatan paliatif termasuk penggunaan inotrop intravena boleh membantu menguruskan simptom serta meningkatkan kualiti hidup. Kajian turut menunjukkan bahawa kadar kelangsungan hidup bagi pesakit NYHA Kelas IV jauh lebih rendah berbanding mereka yang mengalami kegagalan jantung yang kurang teruk. Sebagai contoh, satu kajian melaporkan bahawa kadar kelangsungan hidup setahun tanpa penggunaan left ventricular assist device (LVAD) atau pemindahan jantung adalah 75% bagi pesakit NYHAKelas IV berbanding 92%bagi pesakit NYHAKelas II I. 74 Fuqaha’ menegaskan bahawa penyakit yang menjadi penghalang kekal kepada pelaksanaan ibadah (seperti haji atau puasa) ialah penyakit yang kronik, berpanjangan dan tidak mempunyai harapan sembuh menurut penilaian pakar perubatan. Penyakit yang menyebabkan seseorang tidak mampu bergerak, hilang upaya kekal atau tidak mampu mengurus diri sendiri adalah termasuk dalam kategori ini. Penentuan status penyakit mesti dibuat oleh doktor pakar yang berkelayaka n. 75 Menurut penilaian perubatan, ESRD adalah penyakit kronik yang tidak dapat dipulihkan dan rawatan dialisis hanya bertujuan untuk mengekalkan kehidupan. Manakala bagi pesakit NYHA tahap IV dinasihatkan tidak berpuasa dan penilaian keupayaan bergantung kepada tahap penyakit yang dinilai oleh doktor pakar. i. Penyakit Terminal Penyakit terminal merujuk kepada keadaan penyakit yang tidak boleh dipulihkan atau tidak dapat disembuhkan dan kematian dijangka berlaku dalam masa terdekat yang kebiasaannya dalam tempoh 6 – 12 bulanwalaupun terdapat pesakit yangmampu hidup lebih lama dengan penjagaan paliatif atau hospis yang sesuai . 76 Ia merupakan penyakit yang berada pada tahap lanjut, progresif dan tidak dapat diubati serta tidak memberi tindak balas terhadap rawatan. Penjagaan pesakit terminal sangat mencabar dan memberi tekanan emosi yang mendalam kepada penjaga keluarga. Mereka berdepan pelbagai cabaran termasuk beban kewangan, tekanan emosi dan keperluan untuk memberikan penjagaan berterusan. Strategi penyesuaian diri sering melibatkan keimanan, doa serta sokongan daripada profesional kesihatan yang menekankan kepentingan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=