E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 762 tugas doktor, bukan orang lai n. 62 i. Penyakit Progresif Tanpa Penawar Penyakit progresif tanpa penawar merujuk kepada keadaan yang semakin memburuk dari semasa ke semasa dan pada masa ini masih tiada rawatan berkesan untuk menghentikan atau merencatkan perkembangannya. Penyakit-ini kebiasaannya membawa kepada kecacatan yang ketara serta penurunan kualiti hidup. Penyakit neurodegeneratif, termasuk penyakit Alzheimer (AD) dan penyakit Parkinson (PD) mempunyai ciri kehilangan progresif fungsi dan struktur neuron dalam sistem saraf pusat dan akhirnya menyebabkan gangguan kognitif dan motor. 63 Penyakit ini berkongsi mekanisme patologi yang sama seperti pengumpulan protein, tekanan oksidatif, neuroinflamasi dan disfungsi mitokondri a. 64 AD mengumpul plak amiloid-beta dan kekusutan neurofibril yang membawa kepada kemerosotan kognitif, kehilangan ingatan dan gangguan keupayaan berfikir. Simptom neuropsikiatri seperti kemurungan, kebimbangan dan psikosis turut berlaku serta memberi kesan besar terhadap kualiti hidup pesakit . 65 Alzheimer menyebabkan kemerosotan fungsi kognitif dan ingatan secara progresif sehingga pesakit akhirnya tidak mampu mengurus diri sendiri dan bergantung sepenuhnya kepada orang lain. Penyakit ini adalah kronik, progresif, dan tidak dapat disembuhkan. Manakala Parkinson tahap lanjut, pesakit mengalami gangguan pergerakan yang teruk, kehilangan keseimbangan dan ketidakmampuan untuk melakukan aktiviti asas harian. Penyakit ini juga tidak dapat dipulihkan dan akan terus memburu k. 66 I a menyebabkan degenerasi neuron dopaminergik dalam substantia nigra yang menyebabkan simptom motor seperti gegaran, bradikinesia, kekakuan dan ketidakstabilan postur, di samping simptom bukan motor seperti kemurungan, kebimbangan dan gangguan kogniti f. 67 Fuqaha’ menyatakan bahawa penyakit yang menjadi penghalang kekal kepada pelaksanaan ibadah (seperti haji) ialah penyakit yang kronik, berpanjangan dan tidak mempunyai harapan sembuh menurut kebiasaan perubatan. Penyakit yang menyebabkan seseorang tidak mampu bergerak, hilang upaya kekal atau tidak mampu mengurus diri sendiri termasuk dalam kategori ini. Jika penyakit itu bersifat sementara, kewajipan hanya tertangguh sehingga sembuh. Namun, jika penyakit itu kekal dan tidak mempunyai harapan sembuh, maka individu tersebut dibenarkan melantik orang lain untuk menunaikan haji bagi pihaknya. 68 Fuqaha’ juga menekankan bahawa penentuan status penyakit mesti dibuat oleh doktor pakar yang berkelayakan dan bukan sekadar sangkaan keluarga atau orang awam. 69 Penyakit neurodegeneratif seperti Alzheimer, Parkinson tahap lanjut, dan lain-lain seperti Huntington , Multiple Sclerosis tahap akhir secara perubatan dikategorikan sebagai penyakit yang tidak dapat disembuhkan ( irreversible ), progresif dan menyebabkan kemerosotan fungsi tubuh serta mental secara berterusan hingga hilang upaya kekal. Rawatan hanya bersifat paliatif (meringankan gejala) dan bukan kuratif (menyembuhkan). ii. Penyakit Kronik dengan Rawatan Sepanjang Hayat Penyakit kronik juga dikenali sebagai penyakit tidak berjangkit ( non-communicable diseases, NCDs ) ialah keadaan jangka panjang yang kebiasaannya memerlukan pengurusan dan rawatan berterusan sepanjang hayat pesakit. Penyakit kronik memerlukan penjagaan dan pengurusan yang berterusan selama bertahun-tahun malah sehingga berdekad-dekad. Keadaan ini memberi kesan besar terhadap kehidupan harian pesakit dan membawa kepada cabaran fizikal, psikologi dan sosial. Pesakit juga kerap berhadapan kesukaran untuk mengekalkan kepatuhan jangka panjang terhadap rawatan akibat kesan sampingan, kerumitan rawatan serta faktor psikologi. Penyakit Buah Pinggang Tahap Akhir (End Stage Renal Disease, ESRD) ialah tahap terakhir
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=