E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 761 Dalam konteks badal haji, kemudaratan yang dimaksudkan ialah beban fizikal, mental dan risiko kesihatan yang dihadapi oleh pesakit kronik atau mereka yang tidak mempunyai harapan sembuh. Dalam menentukan sama ada penyakit itu benar-benar tiada harapan sembuh, penilaian pakar perubatan sangat penting. Jika doktor pakar mengesahkan bahawa pesakit tidak akan sembuh dan tidak mampu menunaikan haji, maka syarak membenarkan badal haji untukmengelakkan kemudaratan yang lebih besar kepada pesakit. Seseorang yang menghidap penyakit kronik seperti lumpuh, kegagalan organ atau penyakit terminal yang disahkan oleh pakar sebagai tiada harapan sembuh, tidak diwajibkan menunaikan haji sendiri. Syarak sentiasa menyeimbangkan di antara pelaksanaan kewajipan dan pencegahan mudarat. Dalam isu badal haji, apabila mudarat tidak dapat dielakkan dengan pelaksanaan sendiri, maka syarak memberi rukhsah (keringanan) dengan membenarkan badal haji. Kaedah ini memastikan bahawa syarak tidak membebankan pesakit dengan sesuatu yang memudaratkan. Penentuan status penyakit mesti berdasarkan penilaian pakar perubatan dan apabila mudarat tidak dapat dielakkan, maka pelaksanaan badal haji dibenarkan untuk menghilangkan kemudaratan tersebut. KRITERIA PENYAKIT YANG DIKATEGORIKAN TIADA HARAPAN SEMBUH i. Penyakit Kekal ( Permanent Disability ) Kecacatan kekal ditakrifkan secara undang-undang sebagai kehilangan muktamad sesuatu fungsi atau organ yang sering kali berpunca daripada keganasan dan boleh memberatkan hukuman terhadap pelakunya. 59 Ia merangkumi kedua-dua bentuk kecacatan fizikal dan mental yang secara signifikan mengehadkan aktiviti kehidupan utama. Istilah ini juga digunakan dalam pasaran buruh untuk merujuk kepada kecacatan berpanjangan yang kekal selepas rawatan dan pemulihan. Kecacatan kekal boleh berpunca daripada pelbagai keadaan termasuk gangguan muskuloskeletal dan mental yang merupakan penyumbang utama kepada beban penyakit. Punca lain termasuk penyakit kronik, kecederaan serius serta keadaan seperti kanser yang boleh menyebabkan kecacatan kekal dalam kalangan kanak-kanak. Kecacatan boleh bersifat progresif atau regresif, boleh dipulihkan atau tidak boleh dipulihkan serta boleh berpunca daripada kekurangan fizikal, deria atau psikolog i. 60 Penilaian terhadap kecacatan kekal lazimnya melibatkan pengukuran tahap ketidakupayaan serta kesannya terhadap keupayaan individu menjalani aktiviti harian. American Medical Association’s Guides to the Evaluation of Permanent Impairment merupakan rujukan yang digunakan secara meluas bagi tujuan ini. Fuqaha’ menyatakan bahawa penyakit yang menjadi penghalang kepada kewajipan haji ialah penyakit yang kronik, berpanjangan dan tidak ada harapan sembuh. Contohnya, penyakit lumpuh, penyakit jantung yang serius atau kecederaan yang menyebabkan seseorang terpaksa berbaring dan tidak mampu bergerak. Jika penyakit itu bersifat sementara, maka kewajipan haji hanya tertangguh sehingga sembuh. Namun, jika penyakit itu kekal dan tidak mempunyai harapan sembuh, maka individu tersebut dibenarkan melantik orang lain untuk menunaikan haji bagi pihakny a. 61 Penentuan status tiada harapan sembuh mesti dibuat oleh doktor pakar yang adil dan berkelayakan dan bukan sekadar sangkaan keluarga atau orang awam. Penilaian ini melibatkan diagnosis penyakit yang secara perubatan tidak dijangka akan sembuh seperti penyakit kanser tahap akhir, kegagalan organ yang tidak boleh dipulihkan atau kecederaan otak yang menyebabkan hilang fungsi kekal. Syarat penyakit menjadi penghalang haji dan umrah ialah ia benar-benar memberi kesan dan jika seseorang ragu-ragu, maka dia perlu merujuk kepada pendapat doktor yang adil dan pakar. Majma’ Fiqh Islam jugamenegaskan: يخفى ول أن الحكم بالمرض أصلً أو بكونه مهمة هو مزمنا الطبيب دون غيره Maksudnya: Tidak diragukan lagi bahawa penentuan status penyakit atau sama ada ia kronik adalah

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=