E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 760 Kaedah ini berasal daripada sabda Nabi Muhammad SAW: ل ول ضرر ضرار Maksudnya: Tidak bolehmelakukanmudarat dan tidak bolehmembalas denganmudarat. (Hadis ini diriwayatkan oleh Malik dalam al- Muwatta’, juga oleh al -Hakim, al-Bayhaqi, al-Daraqutni, Ibn Majah dan lain-lain dari beberapa sahabat seperti Abu Sa’id al-Khudri, Ibn Abbas dan ‘Ubadah bin al-Samit) 57 Kaedah ini juga berasaskan dalil dalam beberapa ayat al-Quran seperti: Surah al-Baqarah ayat 233 Maksudnya: Para ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun penuh, iaitu bagi sesiapa yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kemampuannya. Janganlah seorang ibu menderita kerana anaknya dan jangan pula seorang bapa kerana anaknya, dan waris juga berkewajipan demikian. Maka jika keduanya ingin menghentikan penyusuan (sebelum dua tahun) dengan kerelaan dan permusyawaratan antara mereka berdua, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anak-anak kamu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah, dan ketahuilah bahawa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. Surah at-Talaq ayat 6 Maksudnya: Tempatkanlah mereka (para isteri) di tempat tinggal kamu sesuai dengan kemampuanmu, dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan hati mereka. Dan jika mereka (isteri- isteri yang telah ditalak) sedang hamil, maka berikanlah kepada mereka nafkah sehingga mereka bersalin. Kemudian jika mereka menyusukan anak-anakmu untukmu, maka berikanlah kepada mereka upahnya, dan berbincanglah di antara kamu dengan cara yang baik. Dan jika kamumenghadapi kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) sebagai gantinya. Surah al-Baqarah ayat 231 Maksudnya: Apabila kamu menceraikan isteri-isterimu, lalu mereka hampir sampai kepada akhir iddahnya, maka rujuklahmereka dengan cara yang baik, atau ceraikanlah mereka dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu merujuk mereka dengan tujuan untuk memberi mudarat sehingga kamu menzalimi mereka. Barang siapa melakukan demikian, maka sesungguhnya dia telah menzalimi dirinya sendiri. Dan janganlah kamu mempermainkan hukum-hukum Allah. Ingatlah akan nikmat Allah yang dikurniakan kepadamu, juga apa yang telah diturunkan Allah kepadamu, iaitu al-Kitab dan al-Hikmah (al-Sunnah), untukmemberikan pengajaran kepadamu. Bertakwalah kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. Ayat-ayat ini menegaskan larangan melakukan kemudaratan terhadap orang lain dalam pelbagai urusan kehidupan. Kaedah ini jugamempunyai batasan iaitu kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan mendatangkan kemudaratan yang sama atau lebih besar kepada orang lain. Ini dijelaskan dalam kaedah lanjutan, al- ḍarar lā yuzāl bi-mithlih (kemudaratan tidak dihilangkan dengan kemudaratan yang sama). 58
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=