E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 758 perubatan (doktor) dalam menentukan tahap penyakit seseorang sama ada penyakit itu bersifat sementara (ada harapan sembuh) atau kronik/berterusan (tiada harapan sembuh ) 47 kerana kebanyakan perkara perubatan tidak mempunyai ketetapan khusus dalam syarak. Maka ia dirujuk kepada kepakaran dan pengetahuan doktor Penentuan ini penting kerana ia menjadi asas kepada keharusan seseorang mewakilkan orang lain untuk menunaikan haji bagi pihaknya apabila dia tidak mampu secara fizikal dan tiada harapan harapan untuk sembuh. Oleh itu, fiqh perubatan merupakan gabungan ilmu fiqh dan kepakaran perubatan untuk menentukan status penyakit yang menghalang pelaksanaan haji dan menjadi asas kepada keharusan badal haji apabila penyakit itu disahkan sebagai tiada harapan sembuh oleh doktor pakar yang dipercayai. Kaedah fiqh berkaitan al- yaqīn lā yazūlu bi al-shakk (keyakinan tidak hilang dengan keraguan) Kaedah ini merupakan salah satu kaedah utama dalam fiqh yang menjadi asas kepada kebanyakan hukum syarak. Ia bermaksud keyakinan tidak dihilangkan dengan keraguan. Sesuatu perkara yang telah sabit secara yakin tidak akan berubah atau terbatal hanya kerana timbulnya keraguan. Keyakinan hanya boleh dihilangkan dengan keyakinan lain yang setara atau lebih kuat dan bukan dengan sangkaan atau keraguan semata-mat a. 48 Dalil kaedah ini adalah hadis sahih, antaranya: قال عمه عن تميم بن عباد عن : النبي شكي إلى الرجل ﷺ يخيل الشيء يجد أنه إليه في الصلًة فقال : " ل ينصرف يسمع حتى يجد أو صوتا " ريحا Maksudnya: Seseorang yang sedang solat dan merasa ragu atau syak sama ada dia telah berhadas (keluar angin) atau tidak, maka dia tidak boleh membatalkan solatnya atau keluar daripadanya melainkan setelah dia benar-benar yakin dengan mendengar bunyi atau mencium bau. Tidak cukup dengan sekadar syak atau was-was. (Riwayat al-Bukhari danMuslim) 49 Dalamal-Quran juga terdapat ayat yangmenyokong prinsip ini seperti SurahYunus ayat 36: Maksudnya: Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti melainkan persangkaan sahaja. Sesungguhnya persangkaan itu sedikit pun tidak berguna untuk mencapai kebenaran. Dan sesungguhnya AllahMaha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Para ulama dari semua mazhab sepakat bahawa kaedah ini adalah asas penting dalam syariah dan digunakan dalamhampir semua bab fiq h. 50 I mamal-Suyutimenyatakan bahawa kaedah ini masuk dalam semua bab fiqh dan cabang-cabangnya merangkumi tiga perempat daripada ilmu fiq h. 51 Kaedah ini penting dalam menentukan kriteria penyakit yang tiada harapan sembuh bagi membolehkan pelaksanaan badal haji menurut perspektif fiqh perubatan. Kaedah ini boleh digunakan dalam aplikasi penentuan status penyakit. Seseorang hanya dianggap layak untuk badal haji apabila terdapat keyakinan (bukan sekadar sangkaan) bahawa penyakitnya benar-benar tiada harapan sembuh. Ini biasanya ditentukan melalui penilaian pakar perubatan yang adil dan dipercayai. Jika hanya keraguan atau kemungkinan sembuh, maka hukum asal masih kekal dan tidak boleh digantikan dengan badal haj i. 52 Jika pesakit ragu-ragu akan penyakitnya menghalang pelaksanaan haji, maka beliau perlu merujuk kepada doktor Muslim yang adil dan pakar dalam bidangnya. Jika doktor yang dipercayai mengesahkan secara yakin bahawa pesakit tidak mampu sembuh dan tidak mampu menunaikan haji, maka pelaksanaan badal haji dibenarkan. Jika terdapat keraguan atau pendapat yang tidak pasti, kaedah ini menegaskan bahawa hukum asal tidak berubah . 53 Ulama menegaskan bahawa "apa yang telah sabit dengan yakin tidak diangkat kecuali dengan yakin yang lain". Oleh itu, status tidak mampu

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=