E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 757 Para ulama juga menegaskan bahawa istita’ah badaniyyah ialah seseorang itu mampu menunaikan haji tanpa mengalami kesukaran yang terlampa u. 39 Kesukaran yang terlampau ialah kesukaran yang luar biasa atau sangat berat sehingga melebihi tahap kesusahan biasa yang lazim dialami oleh orang ramai ketika menunaikan haji. Kesukaran ini adalah seperti keletihan fizikal yang melampau, penyakit yang menghalang perjalanan atau ketidakmampuan untuk berjalan atau menaiki kenderaan walaupun dengan bantuan sehinggamenyebabkan seseorang tidak mampu sampai keMekah untukmelaksanakan ibadah haji tanpa membahayakan diri dan agamanya. Kesukaran yang diambil kira ialah " عظيمة مشقة " (kesukaran yang sangat berat) kerana kesukaran ringan pasti dialami oleh semua orang . 40 Kesukaran biasa seperti penat, letih atau sedikit kesulitan tidak dianggap sebagai "kesukaran yang terlampau" dan tidak menggugurkan kewajipan haji. PERSPEKTIF FIQHPERUBATAN FiqhPerubatan Dari segi bahasa, fiqh bermaksud faham, iaitu memahami sesuatu perkara secara mendalam dan telit i. 41 Dalam al-Quran juga, istilah fiqh digunakan dengan makna faham, seperti firman Allah SWT dalam surah al- Isra’ ayat 44: Maksudnya: Langit yang tujuh, bumi dan segala yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tiadalah sesuatu punmelainkan bertasbih denganmemuji-Nya, tetapi kamu tidakmengerti tasbihmereka. Sesungguhnya Dia Maha Penyantun lagi Maha Pengampun. Menurut Lisan al-Arab, fiqh ialah pengetahuan tentang sesuatu dan pemahaman terhadapnya. Fiqh juga bermaksud pengetahuan tentang sesuatu, pemahaman dan kecerdasan yang bermaksud faqih jika seseorang itu memahami dan mengetahu i. 42 Dari segi istilah syarak, fiqh didefinisikan sebagai ilmu tentang hukum-hukum syariah yang berkaitan dengan amalan (perbuatan) yang diperoleh daripada dalil-dalil terperinci. 43 Ilmu di sini bermaksud pengetahuan yang pasti dan tidak sekadar sangkaan atau taklid. Hukum-hukum syariah pula ialah hukumyang bersumber daripada wahyu (al-Quran dan Sunnah) dan bukan hukum akal atau adat. Amali bermaksud berkaitan dengan perbuatan manusia (seperti solat, puasa, muamalat) dan tidak berkaitan dengan akidah atau kepercayaan. Dalil-dalil terperinci pula ialah hukum-hukum tersebut perlu diambil secara langsung daripada nas-nas al-Quran, hadis, ijmak dan qiyas serta tidak secara umum atau taklid semata-mata . 44 Imam al- Syafi’i dan para pengikutnya mendefinisikan fiqh sebagai ilmu tentang hukum-hukum syariah yang berkaitan dengan amalan dan diperoleh daripada dalil-dalil terperinci . 45 Imam Abu Hanifah pula mendefinisikan fiqh secara lebih umum iaitu pengetahuan seseorang tentang hak dan tanggungjawabny a. 46 O leh itu, fiqh dari sudut istilah ialah ilmu yang membahas hukum-hukum syariah berkaitan perbuatanmanusia, yang diperolehmelalui kajian dan istinbat daripada dalil-dalil syarak yang terperinci dan ia menjadi asas kepada amalan dan kehidupan seorangMuslim. Fiqh perubatan merujuk kepada aplikasi prinsip-prinsip fiqh Islam dalam menentukan hukum berkaitan isu perubatan khususnya dalam penentuan status penyakit yang menghalang seseorang daripada menunaikan haji secara fizikal dan membolehkan pelaksanaan badal haji. Ia merupakan ilmu yang membahas hukum-hukum syariah berkaitan bidang perubatan dengan menekankan peranan pakar
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=