E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 754 Ḥajj al- Niyābah Haji secara wakil Variasi " al- Niyābah fī al - Ḥajj ", Digunakan dalam beberapa karya moden yang masih mengekalkan pendekatan klasik. (al- Sarakhsī, al- Mabs ūṭ ) S , (Wahbah al- Zuḥaylī, al-Fiqh al- Islāmī wa-Adillatu h ) 10 Al- Isti’jār ‘ala al- Ḥajj Mengupah seseorang untuk mengerjakan haji Perbahasan hukum upah dibahas oleh ulama Hanafi dan Hanbali (al- Kāsānī, Badāʾiʿ al - Ṣanāʾi ʿ ) 11 , (Ibn Qudāmah , al- Mughnī ) 12 Ḥajj al- Tatawwu‘ ‘an al- Ghayr Haji sunat bagi pihak orang lain Imam al-Nawawi dan ulama Syafi‘iyyah (al- Nawawī, al- Majmū ʿ ) 13 , (al- Shirbīnī , Mughnī al- Muḥtā j ) 14 Al- Iḥlāl Maḥalla al-Ghayr fī Adā’ al- Manāsik Menggantikan orang lain dalam pelaksanaan manasik Diguna dalam syarahan- syarahan kitab fiqh sebagai huraian (Ibn Ḥajar al - Haytamī, Tuḥfat al- Muḥtāj bi- Sharḥ al- Minh āj ) 15 , (al- Ramlī , Nihāyat al - Muḥtāj ilā Sharḥ al- Minhāj ) 16 Ḥajj al- Niyābah ‘Inda al- ‘Ajz Haji secara wakil ketika uzur Ditekankan dalam perbahasan fiqh berkenaan syarat istita‘ah . (al- Nawawī, al- Majmūʿ ) 17 , (Ibn ʿAbd al - Barr , al- Istidhkār ) 18 Pelaksanaan badal haji telah dibincangkan secara meluas oleh para ulama dalam perspektif fiqh. Perbahasan ini merangkumi kebenaran pelaksanaan badal haji, syarat-syarat pelaksanaannya serta status sah mengikut pandangan masing-masing. Menurut pandangan yang kuat dalam mazhab Maliki, tidak dibenarkan seseorang yang mampu (belum uzur) diwakilkan hajinya dan sekiranya dilakukan, maka hukumnya makruh tetapi tidak batal dan haji tersebut tetap sah bagi pihak individu yang diwakilkan. 19 Ini menunjukkan keterbukaan mazhab Maliki terhadap pelaksanaan badal haji tanpa terlalu ketat dalam syarat mubaddil (orang yang mewakili). Namun, jika seseorang itu uzur, Imam Malik berpendapat bahawa gugur kewajipan haji ke atasnya, sama ada dia mampumengupah orang lain atau tidak. Tidak boleh dilakukan badal haji untuknya semasa hidup. Akan tetapi, sekiranya dia berwasiat selepas mati, maka dibenarkan badal haji dari harta peninggalan (sepertiga) dan dianggap sebagai haji sunat . 20 Sebaliknya, mazhab Syafi‘i tidak membenarkan individu yang belum menunaikan haji untuk menjadi wakil dalam pelaksanaan badal haji. Menurut pandangan ini, haji yang dilakukan oleh mubaddil yang belum menunaikan haji fardhu untuk dirinya adalah tidak sah dan bertukar status menjadi haji sunat. Perbezaan utama antara mazhab Maliki dan Syafi‘i ini terletak pada pendekatan mereka terhadap dalil. Mazhab Maliki menggunakan dalil umum berkenaan kebenaran niyabah (wakil) manakala mazhab Syafi‘i menggunakan dalil yang lebih khusu s. 21 T okoh-tokoh dalam mazhab Syafi‘i seperti Imam al- Nawawi, Ibn Ḥajar al- Haytamī dan Zakariyyā al- Anṣārī, menyatakan bahawa badal haji dibenarkan jika individu yang diwakili benar-benar tidak mampu menunaikan haji disebabkan keuzuran yang berpanjangan dan tiada harapan sembuh. Namun, jika keuzurannya dijangka sembuh, maka tidak wajib baginya melantik waki l. 22 Kesemua mereka menggunakan istilah seperti al- Niyābah fī al - Ḥajj dan al- Ḥajj ‘an al -Ghayr dalam perbahasan mereka. Dalam mazhab Hanafi pula, para ulama terdahulu tidak membenarkan pengambilan upah bagi ibadah seperti haji, azan, pengajaran al- Qur’an dan fiqh kerana ibadah -ibadah ini dianggap eksklusif kepada individu yang melakukannya. Namun begitu, jumhur fuqaha serta ulama mutha’akhirin (generasi
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=