E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 753 yang membolehkan pelaksanaan badal haji serta memperincikan batasan dan kriteria yang relevan berkaitan dengan istita'ah badaniyyah . KONSEP BADAL HAJI Badal Haji merujuk kepada amalan seseorang yang menunaikan haji bagi pihak lain yang tidak dapat berbuat demikian kerana sakit, kematian atau sebab-sebab lain yang sah. Amalan ini disokong oleh pelbagai sarjana Islam walaupun tafsiran dan peraturan berbeza antara aliran pemikiran yang berbeza. Secara umumnya, badal haji hanya dibolehkan kepada golongan tua renta dan individu yang telah meninggal dunia serta belum sempat menunaikan haji. Individu yang lumpuh juga disebutkan dalam beberapa perbahasan. Imam Nawawi telah menyebutkan maraḍ lā yurjā birʾuhu sebagai salah satu golongan yang dibenarkan badal haji berdasarkan kenyataan di berikut: من على ويجب أعجزه أو كبر، ل مرض يرجى برؤه مذهب وهذا مال، له كان إن عنه يحج من يقيم أن الشافعية، والحنابلة، وهو حنيفة، أبي عن رواية وقول من طائفة إليه وذهب صاحبيه، السلف، الكمال واختاره ابن الهمام، وابن باز، وابن حزم، وابن عثيمين Maksudnya: Wajib atas orang yang tidak mampu menunaikan haji kerana tua atau sakit yang tidak ada harapan sembuh untuk mewakilkan orang lain menunaikan haji baginya jika dia mempunyai harta. Ini adalah pendapat mazhab Syafi'i dan Hanbali serta merupakan riwayat daripada Abu Hanifah dan pendapat dua sahabatnya, diikuti oleh sebahagian ulama salaf. Pendapat ini juga dipilih oleh al-Kamal Ibn al-Humam, Ibn Hazm, Ibn Baz dan Ibn Uthaymi n. 3 Terdapat beberapa istilah yang digunakan untuk menunjukkan badal haji di dalam kitab-kitab klasik. Antaranya ialah Al-Hajj ‘an al-Ghayr yang bermaksud haji bagi pihak orang lain, Al- Niyābah fī al -Hajj yang bermaksud perwakilan dalam ibadah haji , Al- Badal fī al -Hajj yang bermaksud gantian dalam haji , Ḥajj al- Niyābah yang bermaksud haji secara wakil , Al- Isti’jār ‘ala al - Ḥajj yang bermaksud mengupah seseorang untuk mengerjakan haji, Ḥajj al- Niyābah ‘Inda al- ‘Ajz yang bermaksud haji secara wakil ketika uzur, Ḥajj al- Tatawwu‘ ‘an al-Ghayr yang bermaksud haji sunat bagi pihak orang lain dan Al- Iḥlāl Maḥalla al-Ghayr fī Adā’ al- Manāsik yang bermaksud menggantikan orang lain dalam pelaksanaan manasik. Jadual 1.1 menunjukkan ringkasan penggunaan istilah berkaitan badal aji dalam kitab-kitab fiqh klasik. Jadual 1: IstilahBerkaitan badal Haji dalamkitab-kitab fiqh klasik Istilah Maksud Penggunaan Rujukan Al-Hajj Ghayr ‘a n al- Haji bagi pihak orang lain Umum digunakan fiqh dan dalam banyak karya (Ibn Qudāmah, al- Mughnī ) 4 , (al- Nawawī , al- Majmūʿ Sharḥ al - Muhadhdha b ) 5 Al- Niyābah fī al- Hajj Perwakilan dalam ibadah haji Digunakan dalam mazhab Hanafi ( Bada’i as- Sana’i )C Hanbali ( al-Mughni) (al- Kāsānī, Badāʾiʿ al - Ṣanāʾiʿ fī Tartīb al - Sharāʾ i ) 6 , (Ibn Qudāmah , al- Mughn ī ) 7 Al-Badal Hajj fī al- Gantian dalam haji Diguna dalam teks fiqh moden-klasik, Dr Wahbah al-Zuhaili ( Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh) Wahbah al- Zuḥaylī, al- Fiqh al- Islāmī wa - Adillatu h 8

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=