E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 755 terkemudian)mazhabHanafi telahmembenarkan pengambilan upah untuk menunaikan haji bagi pihak orang lain . 23 Pandangan ini menunjukkan berlaku anjakan dalam kefahaman terhadap keperluan semasa dan kemudahan dalam pelaksanaan ibadah. Pandangan yang sama turut dikongsi dalam mazhab Hanafi oleh al- Kāsānī yang membenarkan wakil melaksanakan haji dengan menerima upah atas pelaksanaan tersebu t. 24 Istilah yang digunakan beliau adalah juga al- Isti’jār ‘ala al- Ḥajj . Dalam mazhab Hanbali, tokoh seperti Ibn Qudāmah memberi kebenaran mengupah seseorang untuk menunaikan haji bagi pihak orang yang tidak mampu menunaikannya sendiri. 25 Beliau menggunakan istilah al- Niyābah fī al- Ḥajj dan al- Isti’jār ‘ala al- Ḥajj bagi merujuk kepada konsep ini. Secara keseluruhannya, walaupun terdapat perbezaan pendekatan dalam aspek pelaksanaan badal haji, kebanyakanmazhabmembenarkan pelaksanaan haji bagi pihak orang lain dengan syarat utama bahawa individu tersebut tidak mampu menunaikan haji secara sendiri. Perbezaan timbul dalam isu seperti status badal haji bagi wakil yang belum pernah mengerjakan haji serta isu pengambilan upah dalam pelaksanaan ibadah ini. Namun, kesepakatan umum dalam kalangan ulama menunjukkan wujud kelonggaran dalam Islam bagi memastikan kewajipan rukun Islam yang kelima ini dapat dilaksanakan oleh semua umat Islam yang tidak berkemampuan secara fizikal atau kekangan lain. Jadual 1.2 menunjukkan pandangan mazhab terhadap pelaksanaan badal haji. Jadual 2: PandanganKlasik Terhadap Pelaksanaan Badal Haji Mazha b Hukum Badal Haji Hukum Wakil BelumHaji Hukum Ambil Upah Istilah Digunaka n Rujukan Hanafi Harus, baik untuk hidup atau mati Harus, sah (lebih afdhal sudah haji) Harus, boleh ambil upah al- Niyābah fī al- Ḥajj, (ʿAbd Allāh al - Ṭayyār. Wabl al- ghamāma fī sharḥ ʿUmdat al-fiqh li-Ibn Ǫudām a ) 26 , al- Mawsūʿa al- Fiqhiyya al- Kuwaytiyy a 27 Maliki Tidak dibenarkan ketika hidup, kecuali wasiat selepasmati, Makruh dilaksanakan badal haji jika belum uzu r 28 Tidak sah, tidak boleh wakil jika belum haji untuk diri sendiri Harus, boleh ambil upah (ʿAbd Allāh al - Ṭayyār. Wabl al- ghamāma fī sharḥ ʿUmdat al-fiqh li-Ibn Ǫudām a ) 29 , al- Mawsūʿa al- Fiqhiyya al- Kuwaytiyy a 30
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=