E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 752 sebelum merancang untuk menunaikan ibadah haji. Haji bermaksud mengunjungi Kaabah untuk melaksanakan ibadah tertentu pada masa yang telah ditetapkan. Tempat-tempat yang dimaksudkan termasuk Kaabah, Safa, Marwah, Mina, Muzdalifah dan Arafah. Manakala masa tertentu merujuk kepada bulan-bulan haji iaitu Syawal, Zulkaedah dan sepuluh hari pertama Zulhijjah. Antara rukun dan ibadah utama haji ialah wuquf di Arafah, tawaf mengelilingi Kaabah dan sa’i di antara Safa dan Marwah. Semua ibadah ini mestilah dilakukan pada waktu yang ditetapkan oleh syarak. Sebagai contoh, wuquf di Arafah hanya sah dilakukan dari waktu Zuhur pada 9 Zulhijjah sehingga Subuh pada 10 Zulhijjah. Sejarah pensyariatan haji adalah berkaitan dengan pengorbanan dan ketaatan Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. berdasarkan perintah Allah SWT. Allah SWT memerintahkan mereka membina Kaabah dan menyeru manusia untuk menunaikan haji sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah al-Hajj ayat 27: Maksudnya: Dan serulah manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan menaiki unta yang kurus, yang datang dari segenap penjuru yang jauh. Kewajipan haji telah disyariatkan pada tahun kesembilan Hijrah dan ditegaskan dalam Surah Ali 'Imran ayat 96 – 97 yang menjelaskan bahawa Kaabah adalah rumah ibadah pertama yang dibina untukmanusia. Syarat istita’ah pula diterangkan lebih mendalam oleh empat mazhab utama dalam Islam. Menurut MazhabMaliki, istita’ah merangkumi tubuh badan yang sihat, bekalan yangmencukupi serta kenderaan dan keselamatan untuk sampai ke Mekah. Mazhab Syafi’i pula meletakkan syarat seperti kemampuan fizikal, kenderaan, kestabilan kewangan, bekalan untuk diri dan tunggangan, keselamatan dalam perjalanan serta keperluan wanita untuk ditemani suami atau mahram. Tambahan pula, seseorang itu perlu mempunyai keupayaan untuk tiba di Mekah dalam tempoh masa yang dibenarkan. Mazhab Hanbali menetapkan keperluan kepada kenderaan dan kemampuan menyediakan keperluan asas. Sementara itu, Mazhab Hanafi menyatakan keupayaan fizikal, kewangan dan keselamatan perjalanan sebagai syarat utama. Namun, realiti kini adalah penantian giliran haji yang panjang dihadapi oleh umat Islam di Malaysia dan negara-negara lain. Seseorang yang mendaftar pada usia muda ketika sihat mungkin hanya memperoleh peluang menunaikan haji setelah menunggu antara dua hingga tiga dekad. Faktor utama penantian giliran ini ialah sistem kuota haji yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi, iaitu sekitar 0.1% daripada jumlah populasi Muslim setiap negara. Di Malaysia, jumlah pendaftaran haji sentiasa melebihi kuota tahunan yang diberikan. Setiap tahun, hanya sekitar 30,000 – 31,000 orang dibenarkan menunaikan haji berbanding ratusan ribu yang mendaftar. Penantian yang begitu lama ini mempunyai implikasi besar kepada jemaah. Ramai yang mendaftar ketika masih sihat, tetapi apabila giliran tiba pada usia lanjut, mereka telah menghidapi penyakit kronik seperti diabetes, penyakit jantung, kegagalan buah pinggang atau strok. Terdapat juga yangmeninggal dunia sebelum sempat menunaikan haji. Situasi ini secara tidak langsung telah menimbulkan persoalan mengenai kelayakan mereka untuk diwakilkan haji melalui kaedah badal haji khususnya apabila dikaitkan dengan konsep penyakit yang dikategorikan sebagai tiada harapan sembuh . Persoalan yang timbul ialah mengenai kaedah penilaian dan status “tiada harapan sembuh” serta pihak yang berautoriti untuk menentukannya. Dalam masa yang sama, timbul cabaran kepada penyakit yang tidak boleh sembuh akan tetapi masih boleh dikawal dengan rawatan moden seperti diabetes atau hipertensi. Persoalan yang sama timbul terhadap pesakit kategori ini sama ada mereka wajar dikategorikan sebagai tidak berdaya dari segi istita‘ah badaniyyah atau sebaliknya. Kekeliruan dalam menentukan penyakit yang dikategorikan tiada harapan sembuh ini memerlukan penjelasan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menilai perspektif fiqh perubatan dalam menentukan penyakit
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=