E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 751 KRITERIA PENYAKIT YANG TIADA HARAPAN SEMBUH BAGI MEMBOLEHKAN PELAKSANAAN BADAL HAJI MENURUT PERSPEKTIFFIQHPERUBATAN 1 SaadanMan, 1 Luqman Haji Abdullah, 1 Abdul KarimAli, 1 Noor Naemah Abdul Rahman, 2 Jamaluddin Hashim, 1 Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar*, 3 Mohd Shafiq Shamsudin, 4 Sheriza Izwa Zainuddin C 1 Nurmadihah Takhor *Lead presenter/ Corresponding author syedjeffri8S@um.edu.my, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur 1 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur 2 Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu 3 Pengurus Kanan Kesihatan Tabung Haji 4 Pensyarah Perubatan, Jabatan Perubatan, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur ABSTRAK Konsep badal haji membolehkan individu lain menunaikan haji bagi pihak seseorang yang tidak mampu, selagi memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh syarak. Walaupun konsep badal haji telah dijelaskan dalam sumber hukum Islam, masih terdapat kekeliruan dalam menentukan jenis penyakit yang boleh dianggap sebagai "tiada harapan sembuh" bagi membolehkan seseorang mendapatkan keringanan ini. Dalam konteks perubatan moden, terdapat pelbagai kategori penyakit kronik. Namun, penentuan tentang penyakit mana yang benar-benar tiada harapan sembuh adalah sesuatu yangmemerlukan kajian menyeluruh.Walaupun konsep badal haji dan istita'ah badaniyyah telah dibincangkan secara luas dalam fiqh, masih terdapat ruang dalammenentukan kriteria penyakit yangmembolehkan seseorang diberikan kelonggaran ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menilai perspektif fiqh perubatan dalam menentukan penyakit yang membolehkan pelaksanaan badal haji serta memperincikan batasan dan kriteria yang relevan berkaitan dengan istita'ah badaniyyah . Kajian ini menggunakan analisis kandungan dengan merujuk kepada sumber fiqh klasik dan kontemporari, fatwa daripada badan berautoriti, laporan perubatan dan garis panduan yang berkaitan. Kajian ini dijangka memberikan sumbangan penting dalam bidang fiqh haji dan perubatan dengan memperjelaskan syarat-syarat yang membolehkan pelaksanaan badal haji bagi individu yang mengalami penyakit tiada harapan sembuh. Kesimpulannya, penyelarasan antara perspektif fiqh dan perubatan dalam isu ini amat penting bagi memastikan pelaksanaan badal haji dilakukan secara tepat, beretika dan memenuhi tuntutan syariah. Dengan adanya panduan yang lebih sistematik, umat Islam yang menghadapi keuzuran serius dapat menjalankan tanggungjawab ibadah haji mereka dengan baik. Kata kunci: Badal Haji, Istita‘ah Badaniyyah , Penyakit Kronik, Fiqh Haji, Perspektif Perubatan PENGENALAN Menunaikan ibadah haji merupakan rukun Islam yang kelima dan hanya diwajibkan kepada umat Islam yang memiliki istita’ah . Haji menjadi wajib ke atas setiap Muslim yang mencukupi syarat tertentu iaitu beragama Islam, berakal, baligh, merdeka, aman dalam perjalanan dan memiliki keupayaan dari segi fizikal, mental serta kewangan. Oleh itu, setiap individu Muslim perlu menilai tahap keupayaan mereka
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=