E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 75 pengguna, mempercepatkan respons, dan mengurangkan beban pengajar (Wollny et al., 2021). Tambahan pula, kajian terkini menunjukkan penerimaan pengguna terhadap chatbot bergantung kepada faktor kepercayaan, kemudahan penggunaan, dan keberkesanan komunikasi (Wang et al., 2024). Hal ini sejajar dengan keperluan jemaah yang mengharapkan jawapan tepat serta konsisten dalam masa yang singkat. Selain itu, penggunaan AI dalam bidang keagamaan semakin dibincangkan dalam literatur kerana ia membuka ruang baharu untuk menyampaikan maklumat ibadat dengan cara yang lebih mudah dicapai oleh masyarakat moden (Alkhouri, 2024). Dalam konteks bimbingan haji, sistem ini boleh membantu mengurangkan kebergantungan kepada interaksi manual, menyokong standardisasi jawapan, serta memperkukuh peranan Tabung Haji dalam era transformasi digital tanpa menolak sepenuhnya fungsi PEKTA secara manual. Secara keseluruhannya, pembangunan chatbot AI sebagai PEKTA digital dijangka membawa beberapa implikasi penting. Pertama, ia dapat memudahkan jemaah mengakses maklumat berkaitan haji dan umrah pada bila-bila masa tanpa terikat kepada lokasi. Kedua, ia berpotensi mengurangkan beban tenaga PEKTA, sekali gus memberi ruang untuk memberi tumpuan kepada aspek bimbingan yang lebih mendalam. Ketiga, ia menyokong usaha digitalisasi Tabung Haji dengan menyediakan perkhidmatan berasaskan teknologi yang mesra pengguna. Oleh itu, kajian ini menekankan potensi chatbot AI sebagai pemangkin transformasi digital dalam bimbingan ibadat haji dan umrah, serta sebagai nilai tambah kepada perkhidmatan sedia ada. OBJEKTIF KAJIAN Objektif utama kajian ini adalah untuk membangunkan sebuah prototaip chatbot berasaskan kecerdasan buatan (AI) menggunakan platform Jotform bagi menyokong peranan PEKTA dalam bimbingan haji dan umrah. Secara khusus, kajian ini bertujuan: (i) membangunkan sistem chatbot yang mampu memberikan jawapan pantas, tepat, dan konsisten berdasarkan manual rasmi Tabung Haji; (ii) menyelaras maklumat bimbingan supaya lebih mudah diakses oleh jemaah tanpa had masa dan lokasi; dan (iii) menyokong agenda transformasi digital Tabung Haji dalam meningkatkan keberkesanan perkhidmatan bimbingan haji. SOROTAN LITERATUR TRANSFORMASI DIGITAL DALAM IBADAH HAJI DAN UMRAH Perkembangan teknologi digital telah mengubah cara jemaah menunaikan Haji dan Umrah, terutamanya dengan pengenalan aplikasi rasmi seperti Eatmarna dan Nusuk yang diwujudkan oleh kerajaan Arab Saudi untuk menguruskan permit, tempahan, serta akses ke lokasi ibadah. Kajian oleh Hassan et al., (2022) mendapati bahawa kebolehgunaan aplikasi Eatmarna memberi kesan positif kepada jemaah kerana ia meningkatkan jangkaan prestasi, memudahkan pelaksanaan ritual ibadah, serta memberi kesan kepada perasaan kerohanian pengguna sepanjang Umrah, khususnya ketika pandemik COVID-19. Walaupun aplikasi ini membantu mengurangkan kesesakan dan meningkatkan pengalaman ibadah, ia masih memerlukan sokongan tambahan seperti panduan langkah demi langkah yang lebih jelas bagi membantu pengguna dengan tahap literasi digital yang berbeza. Kajian lain juga menekankan bahawa aplikasi mudah alih semasa pandemik meningkatkan kepuasan jemaah, tetapi faktor sokongan pengguna dan panduan langkah demi langkah tetap diperlukan (Aljuwaiber & Elnagar, 2022). Hal ini menunjukkan bahawa walaupun inovasi digital bermanfaat, masih ada ruang untuk teknologi lain seperti chatbot yang lebih interaktif dan boleh memberi bimbingan secara langsung kepada Jemaah. CHATBOT DALAM BIDANG PENDIDIKAN DAN AGAMA Chatbot semakin digunakan dalam bidang pendidikan kerana ia boleh menyampaikan ilmu secara interaktif, memberi maklum balas segera, dan membolehkan pembelajaran berlaku pada bila-bila masa. Kajian rawak terkawal mendapati bahawa penggunaan chatbot berasaskan topik berkesan dalam meningkatkan tahap kesejahteraan mental dan amalan penjagaan kendiri pengguna, kerana ia menyediakan bimbingan ringkas, berstruktur, dan konsisten (Tong et al., 2025). Dapatan ini menunjukkan bahawa dalam konteks agama, chatbot juga berpotensi untuk membantu jemaah memahami doa, rukun, dan tatacara ibadah dengan lebih berkesan kerana ia boleh diakses 24/7 dan mampu menyampaikan panduan langkah demi langkah secara jelas berbanding bergantung sepenuhnya kepada sesi bersemuka.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=