E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 74 TRANSFORMASI DIGITAL BIMBINGAN HAJI DAN UMRAH MELALUI INOVASI PEKTABOT AI Badrul Hakimi Bin Mohd Bastamam ( Corresponding author ) , Nur Dalila binti Abdullah, Nurul ‘Afifah binti Razali, Abd Halim Ayub Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Politeknik Muadzam Shah, Malaysia; Ketua Seksyen RAJIH, Pusat Rujukan Ibadat Haji, Malaysia Emel : badrul@pms.edu.my ABSTRAK Kajian ini dijalankan bagi membangunkan sebuah chatbot berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang berfungsi sebagai Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA) digital. Tujuan utama pembangunan sistem ini adalah untuk membantu Bahagian Bimbingan Haji menyediakan jawapan yang pantas, tepat, konsisten, dan mesra pengguna terhadap pelbagai persoalan berkaitan ibadat haji dan umrah. Dalam konteks semasa, jemaah semakin bergantung kepada maklumat digital, namun terdapat cabaran dari segi akses pantas dan keseragaman jawapan apabila pertanyaan diajukan melalui pelbagai saluran. Justeru, pembangunan chatbot ini dilihat sebagai satu inovasi yang mampu menyokong agenda digitalisasi Tabung Haji di samping memperkasakan peranan PEKTA secara maya. Kaedah kajian menggunakan pendekatan reka bentuk pembangunan sistem. Pembangunan prototaip dilakukan melalui platform Jotform, di mana semua kandungan yang dimasukkan adalah hasil rujukan bahan rasmi Tabung Haji yang telah disahkan. Pendekatan ini membolehkan pembangunan berlaku secara pantas tanpa memerlukan kemahiran pengaturcaraan yang kompleks, namun masih mengekalkan tahap ketepatan dan kesahihan maklumat. Selain itu, chatbot ini turut direka bentuk agar mudah digunakan, bersifat interaktif, serta mampu memberikan respons secara berterusan tanpa terikat dengan masa atau lokasi. Ia dijangka menjadi satu instrumen penting dalam membantu jemaah mengakses maklumat bimbingan haji pada bila-bila masa, mengurangkan beban pegawai bimbingan secara manual, serta menyokong proses standardisasi jawapan bagi isu-isu fiqh dan amalan ibadat haji. Kesimpulannya, inovasi chatbot AI ini diyakini mampu menjadi pemangkin kepada transformasi digital dalam perkhidmatan ibadat haji dan umrah, seterusnya meningkatkan kualiti bimbingan dan kepuasan jemaah secara menyeluruh. Katakunci: Chatbot AI, Bimbingan Haji, PEKTA Digital PENDAHULUAN Kemajuan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) telah membawa perubahan besar dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, pentadbiran, dan perkhidmatan awam. Bidang keagamaan juga tidak terkecuali, khususnya dalam aspek penyampaian maklumat dan bimbingan ibadat. Dalam konteks ibadat haji dan umrah, keperluan jemaah terhadap maklumat yang sahih, pantas, dan konsisten semakin meningkat seiring dengan pertambahan bilangan jemaah saban tahun. Kaedah bimbingan haji konvensional yang dijalankan melalui kelas fizikal, ceramah, dan sesi soal jawab bersemuka sering berdepan kekangan masa, lokasi serta ketidakselarasan jawapan daripada pelbagai sumber. Keadaan ini berpotensi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan jemaah yang memerlukan rujukan segera berhubung isu-isu fiqh dan praktikal ibadat haji. Bagi mengatasi cabaran tersebut, Lembaga Tabung Haji telah memperkenalkan Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA) untuk menyampaikan bimbingan rasmi kepada jemaah. Namun begitu, keberkesanan bimbingan ini masih bergantung kepada tenaga pengajar secara manual yang terikat dengan had masa dan lokasi. Oleh itu, wujud keperluan mendesak untuk membangunkan satu sistem digital yang boleh bertindak sebagai pembantu maya kepada PEKTA, sekali gus memperluas capaian maklumat kepada jemaah. Inovasi yang mempunyai potensi besar dalam hal ini ialah pembangunan chatbot berasaskan AI melalui platform Jotform. Platform ini membolehkan pembangunan sistem berlaku dengan lebih pantas tanpa memerlukan kepakaran pengaturcaraan yang kompleks, di samping menyediakan fungsi interaktif yang mesra pengguna. Chatbot AI semakin mendapat perhatian dalam bidang pendidikan kerana mampu meningkatkan penglibatan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=