E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 747 Manakala Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-41 Musim Haji 1446H/2024M: “Jemaah haji yang mengalami daimul hadath boleh mengikut cara wuduk Mazhab Syafi’i walaupun menerima pakai Mazhab Maliki yang tidak mensyaratkan berwuduk setelah masuk waktu dan sunat sahaja memperbaharui wuduk bagi Ibadat fardhu yang lain selagi tidak terbatal wuduknya. Ini kerana pemakaian Mazhab Maliki tersebut adalah b erdasarkan kesukaran (masyaqqah) dan keperluan (hajah).” Hukum Penggunaan Mesntrual Cup untuk Masalah Keputihan Jika seseorang jemaah menggunakan menstrual cup untuk keputihan, adakah perlu dibersihkan sebelum ambil wuduk? Hal ini bergantung pada keadaan. Keputihan biasa perlu dibersihkan jika mengambil pandangan ia adalah najis. Dan tidak perlu dibersihkan jika mengambil pandangan ia bukan najis. Dalam masa yang sama, menstrual cup tidak dapat menghalang keputihan keluar kerana kawasan faraj memang sentiasa mengeluarkan cairan bakteria yang memelihara kawasan faraj. Pandangan ini juga mengambil pandangan Mufti Wilayah Persekutuan yang menyatakan penggunaan alat ini untuk menampung darah: Membersihkan diri merupakan salah satu daripada syarat sah solat. Penggunaan menstrual cup dianggap seperti menanggung najis kerana kedudukan darah tersebut berada pada had yang wajib dibersihkan. Oleh itu, wanita yang sedang istihadah wajib membersihkan menstrual cup sebelummenunaikan solat dan tidak sah solat sekiranya tidak dibersihkan terlebih dahulu. GARIS PANDUAN KEPADA JEMAAH WANITA BERDASARKAN PANDANGAN HUKUM Berdasarkan perbezaan pandangan fuqaha dan pandangan perubatan, berikut adalah cadangan garis panduan yang boleh dicadangkan kepada jemaah: 1. Ulama berbeza pendapat pada menyatakan kenajisan keputihan namun sepakat menyatakan keputihan membatalkan wuduk. Adalah memudahkan sekiranya jemaah mengambil pandangan Imam Abū Ḥanīfah, Imam Shafi’i, sebahagian Shafi’iyah dan pendapat Hanabilah pada menyatakan keputihan adalah suci tidak perlu dibersihkan. Sekiranya jemaah didatangi keputihan ketika tawaf atau solat, hanya perlu mengambil wuduk tanpa membersihkan pakaian. Namun, harus diingat keputihan yang dianggap tidak najis ialah selain mazi dan wadi. 2. Persoalan utama ialah bagaimana membezakan mazi, wadi dan cairan yang tidak najis dan membatalkan wuduk. Cairan yang keluar tidak membatalkan wuduk hanyalah peluh. Ada pun cairan keputihan lain yang disebut rutubatu al faraj, ulama sepakat menyatakan ia membatalkan wuduk sama seperti mazi dan wadi. Apabila melihat jadual yang dibentangkan berkaitan ciri keputihan yang keluar dari faraj wanita, kita boleh mengambil kesimpulan bahawa mazi adalah dikeluarkan dari kelenjar Bartholin manakala wadi dikeluarkan oleh kalenjar Klene. Kita tidak boleh menentukan hukum najis atau batal wuduk sesuatu cairan hanya berdasarkan sifat fizikalnya seperti cair, pekat atau jernih. Ini kerana semua ciri tersebut adalah sifat semula jadi bagi cairan keputihan yang dikeluarkan oleh faraj. Maka, cara yang tepat untuk membezakannya adalah dengan melihat keadaan dan cara ia keluar, bukan sifat luaran semata- mata. Sekiranya keputihan keluar selepas jemaah membuang air kencing, maka itu adalah wadi yang membatalkan wuduk dan dikira najis. Ini agak mudah untuk dibezakan kerana wadi keluar mengiringi kencing. Manakala mazi pula keluar ketika wanita berkeinginan dan ini biasanya mengiringi wanita dalam keadaan bersyahwat. Ini adalah dua parameter yang telah ditetapkan ulama bagi cairan mazi dan wadi yang membatalkan wuduk. Ada pun cairan selain mengiringi kencing dan syahwat, boleh dianggap sebagai keputihan yang tidak najis namun tetap membatalkan wuduk sekiranya keluar dan terkena pada pakaian. 3. Pandangan Hanabilah pada menerangkan keadaan keputihan yang keluar boleh diambil kira. Sekiranga keputihan masih berada di sekitar faraj maka ia tidak membatalkan wuduk, ini adalah pandangan Hanabilah pada mentakrifkan apa yang keluar dari kemaluan. Tetapi
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=