E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 742 Manakala mazi merupakan cecair putih yang cair, keluar daripada lelaki yang kuat syahwatnya atau ketika bermesra atau bercumbu dengan isteri. Definisi sifat mazi ini juga bertepatan dengan pendapat mazhab Hanbali: يخرُج ما وهو زَلِْ ˝ مُتَسَبْسِب ا ˝ الشهْوةِ، عند ا فيكونُ الذكَرِ رَأْسِ على . “Ia ialah sesuatu yang keluar dalam keadaan licin (bercair) lagi beransur -ansur (menitis perlahan) ketika syahwat, lalu berada pada hujung zakar.” (Ibn Qudāmah, 1997). المذي يخرج سائل وهو الرجل مداعبة عند لزوجته اة عند أو الِثر نسْ وهو وخروجه ينقض الوضوء، قيا ˝ الرجل مذي على سا Al-Mazi ialah cecair yang keluar ketika lelaki bercumbu dengan isterinya atau ketika terangsang, dan ia adalah najis, serta keluarnya membatalkan wuduk, dengan qiyās kepada mazi lelaki (Al - Mināwī, 2011) Perkara ini juga turut disahkan oleh Pakar Sakit Puan, Dr Imelda Balchin (2025), bahawa faraj wanita akan mengeluarkan lendir dan cairan ketika perempuan mempunyai keinginan untuk bersama, iaitu ketika wanita berada dalam tempoh kesuburan. Kesan Perbincangan: Masalah berkaitan menggantikan pakaian terkena keputihan: Apa yang boleh disimpulkan oleh para jemaah wanita, sekiranya cairan keputihan yang keluar tidak menepati ciri dan sifat mazi dan wadi yang disebutkan oleh ulama seperti di atas, maka ia boleh dianggap tidak najis, dan jemaah hanya perlu mengambil wuduk tanpa perlu membersihkan pakaian yang terkena keputihan selain mazi dan wadi. Ini akan membantu mereka melakukan ibadah di Tanah Suci tanpa perlu menggantikan atau membersihkan pakaian mereka. Masalah keputihan yang kerap keluar. Jemaah wanita yang kerap mengalami keputihan yang menyukarkan untuk mengekalkan wuduk apabila berada di masjid, adalah dihukum sebagai daimul hadath. Menurut mazhab Maliki, hukum hadas gugur jika sesuatu yang keluar dari dua jalan (sama ada qubul atau dubur) berulang-ulang (kerap) sehingga menimbulkan kesulitan jika diwajibkan untuk berwuduk setiap kali solat. Ini berdasarkan kaedah fiqh: Kesusahan diangkat dalam syariat berpandukan firmah Allah َحَرج ِ ِمْن ِ ِديِن ِ ¹ ِفي ال ِ َعَلْيُكْم ِ َجَعَل ِ َما ِ dalam Surah al- Ḥajj, ayat 78. Hujahnya adalah wuduk diwajibkan atas perkara yang keluar secara adat kebiasaan. Sedangkan, sesuatu yang keluar berulang-ulang (kerap) adalah perkara yang di luar kebiasaan, maka tidak wajib berwuduk. Walau bagaimanapaun, diriwayatkan bahawa Imam Malik tidak bersetuju dengan pendapat ini dan berpegang kepada hukum asal, iaitu wajib berwuduk setiap kali solat berdasarkan hadis Rasulullah; أن المستحاضة أمر صلَة لكل تتوضأ (al- Māzarī, 2008). Jika berulang-ulangnya (kerap) hadas disebabkan faktor yang boleh dihilangkan, maka itu tidak dianggap sebagai keuzuran dan tidak diberikan rukhsah (al- Māzarī, 2008). Walaupun sebahagian ulama menyatakan kelembapan (ruṭūbah) faraj wanita adalah suci, tetapi ia tetap membatalkan wuduk. Oleh itu, wanita yang mengalami istihāḍah, begitu juga orang yang mengalami kencing tidak lawas (salas al-bawl) dan seumpamanya daripada golongan yang mempunyai uzur, mereka hendaklah berwuduk bagi setiap solat, selama mana keluarnya (najis atau kelembapan itu) masih berterusan. Dan mereka menunaikan solat menurut keadaan mereka, kerana mereka mempunyai uzur (halangan syar‘i) daripada menghilangkan hadath ketika berada di dalam solat (al - Mināwī, 2011). Keputihan Wanita dari Sudut Perubatan Berdasarkan temubual bersama pakar perubatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Dr Imelda Balchin,
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=