E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 741 Dalam mazhab Hanafi (al- Ṭaḥāwī, 1995), wajib beristinja dan wuduk sekiranya keluar mazi dan wadi, "Dan demikian juga diwajibkan istinja’ daripada wadi dan mazi, kerana keduanya adalah najis. Sesiapa yang keluar daripadanya salah satu daripadanya, maka wajib ke atasnya berwuduk setelah membasuh farajnya dan apa yang terkena pada pakaiannya daripadanya. Abu Bakr berkata: Hal itu berdasarkan riwayat daripada Nabi ﷺ bahawa baginda memerintahkan membasuh kemaluan kerana mazi, dan berwuduk daripadanya sebagaimana wuduk untuk solat. Maka hal ini menunjukkan kepada dua perkara: (1) ia adalah najis, dan (2) ia membatalkan wuduk; kerana sabda baginda ﷺ : 'Maka hendaklah ia membasuh zakarnya dan dua biji pelirnya, kemudian berwuduk sebagaimana wuduk untuk solat’ iaitu dalam hadis ʿAlī bin Abī Ṭālib r.a., ketika baginda memerintahkan al - Miqdād untuk bertanya kepada Nabi ﷺ mengenai hal itu. Selain itu, ia keluar melalui saluran kencing, maka paling kurang keadaannya adalah menjadi najis kerana bersentuhan dengan tempat najis. Maka diwajibkan istinja’ daripada semua itu, kerana ketika Nabi ﷺ memerintahkan istinja’ dengan batu, baginda tidak membezakan antara sesuatu dengan yang lain." Menurut mazhab Maliki, mazi adalah air yang cair, keluar ketika mengingat jimak atau perkara seumpamanya. Dalil tentang kenajisannya ialah sabda Rasulullah SAW kepada ‘Ali RA ketika beliau bertanya tentang mazi: “Apabila engkau melihat mazi, maka basuhlah kemaluanmu, dan berwuduklah sebagaimana engkau berwuduk untuk solat…” Menurut mazhabMaliki, wadi pula adalah air putih pekat yang biasanya keluar selepas kencing. Menurut pendapat yang rajih dalam mazhab Maliki, wadi adalah najis. Ia dihukumkan sebagai najis kerana dianggap kotor dan boleh bertukar menjadi mudarat (seperti bau busuk) (al- Zurqānī, 2002; al- Dusūqī, t.t). Wadi juga adalah antara perkara yang membatalkan wuduk (Ibn Rusyd, 2003). Ini kerana wadi keluar dari faraj, yang merupakan salah satu dari dua jalan ( subulain ) yang menjadi sebab wuduk terbatal (al- Ruʿaynī, 1992; Abd al - Wahhāb, 1993; al - Māzarī, 2008). Bagi orang yang menghadapi masalah wadi yang banyak dan di luar kebiasaan, mereka boleh dihukumkan sebagai orang yang sentiasa berhadath ( صاحب الحدث الدائم ). Dalam mazhab Shafi’i, kedua cairan mazi dan wadi juga membatalkan wuduk, disebutkan dalam Kitab al Umm: كُلِ ¹ مِنْ خَرَجَ مَا بَ رُطُوبَةِ مِنْ ذكََر . أَوْ وْل، أَوْ مَذْي ي لاَ مَا أَوْ وَدْي . عُْرَفُ ي أَوْ ، . عُْرَفُ فَ . نَِْ هُوَ الْمَنِ خَلََ مَا كُلهُ س “Setiap kencing, mazi, wadi atau sesuatu yang tidak diketahui atau diketahui yang keluar daripada kemaluan, maka semua hukumnya najis kecuali air mani” Menurut mazhab Shafi’i, wadi merupakan cecair yang pekat dan keruh (tidak putih), biasanya keluar selepas kencing atau selepas melakukan kerja berat atau keletihan. يعن مكدر، ثخيْ والودي : أبيض، ليس يخرج وهو البول بعد معيْ عمل مشقة بعد أو
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=