E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 743 kebanyakan wanita tidak memahami dan kurang mengambil perhatian yang serius dengan ciri-ciri atau sifat cecair dan lendiran yang keluar dari faraj melainkan apabila ia menimbulkan masalah kesihatan. Menurut beliau, cecair atau lendiran yang keluar adalah normal terutama bagi wanita muda pada usia reproduktif selagi ia tidak berbau, menyebabkan kegatalan atau kesakitan. Beliau juga tidak menggalakkan dan tidak mengesyorkan penggunaan menstrual cup untuk mengatasi keputihan ini kerana penggunaan ia tidak sesuai. Menstrual cup hanya sesuai malah sangat digalakkan untuk haid sahaja kerana lebih bersih dan mudah berbanding penggunaan tuala wanita ( pad ). Cairan wanita yang keluar dari vagina mempunyai pelbagai fungsi, sebab dan sifat. Selain darah haid, nifas dan istihadah, vagina wanita mengeluarkan cairan lain. Cairan faraj (vaginal discharge) yang normal terhasil daripada gabungan beberapa komponen iaitu sel dan rembesan epitelium faraj, mukus serviks, cecair pelincir daripada kelenjar Bartholin, cecair Skene atau ejakulasi wanita, serta plasma transudate yang meresap melalui dinding faraj. Campuran semua komponen ini membentuk keputihan fisiologi, yang secara normal berwarna jernih atau putih, tidak berbau kuat, dan berfungsi untuk mengekalkan kelembapan, keseimbangan flora faraj, serta membantu proses kesuburan dan pelinciran. Cairan wanita boleh dilihat daripada jadual di bawah: Jenis cairan Asal Fungsi Ciri Cairan dari sudut hukum fekah Cairan dari epitelium faraj (Vaginal Epithelium ) Dinding faraj (lapisan epitelium skuamus), bukan dari kelenjar. Kelembapan terhasil melalui plasma transudate (peresapan cecair melalui dinding), serta sel epitelium yang tertanggal. Sel epitelium faraj Sel dinding faraj sentiasa membahagi dan tertanggal, menghasilkan sel epitelium mati . Sel ini kaya dengan glikogen → diuraikan oleh bakteria baik ( Lactobacillus ) → hasilkan asid laktik . Melembapkan faraj secara semula jadi. Membersihkan sel- sel mati. Melindungi daripada jangkitan (ada bakteria baik – lactobacillus – yang menjaga pH). Inilah yang menjaga pH faraj (3.5 – 4.5) & menyumbang kepada cairan normal yang jernih/putih. Sentiasa ada, tidak bergantung pada kitaran haid sepenuhnya. Jernih atau putih susu, ringan, tidak berbau kuat. Normal: Jernih, putih susu, atau sedikit kekuningan. Tidak berbau kuat. Biasanya lebih banyak ketika ovulasi, hamil, atau terangsang. Selepas haid agak kering dan sebelum ovulasi jernih dan licin Selepas ovulasi lebih pekat atau keruh. Tidak normal: Cairan faraj dianggap tidak normal jika: Lebih banyak atau lebih pekat daripada biasa Berwarna putih dan bergumpal seperti keju kotej Berwarna kelabu, hijau, kuning, atau terdapat sedikit darah Berbau tidak menyenangkan, seperti bau ikan. Rutubatu alfaraj . Khilaf seperti dinyatakan di dalam teks. Wuduk: batal. Pendapat Hanabilah tidak membatalkan wuduk sekiranya cairan itu hanya berada di kawasan faraj tidak terpisah.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=