E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 740 2. Terdapat khilaf, tetapi pendapat yang asah; iaitu kelembapan yang keluar dari bahagian dalam faraj (yang lebih dalam daripada tempat masuknya zakar). 3. Suci menurut pendapat yang lebih sahih; iaitu kelembapan pada bahagian yang dicapai oleh zakar ketika bersetubuh. Mazhab Hanbali juga terdapat perbezaan tapi pandangan yang asah ialah menyatakan rutubatu al mar’ah adalah suci (al Mardawi, 1995)Maka boleh disimpulkan bahawa para ulama tidak sepakat dengan status kesucian dan kenajisan keputihan. Maka ini membawa kepada persoalan kedua, iaitu status wuduk wanita yang mengalami keputihan. Perbincangan Hukum Kedua: Status Wuduk Jemaah Dengan Keputihan: Persoalan ini menjadi permasalahan utama di kalangan jemaah. Kelembapan yang keluar dari qubul adalah dianggap membatalkan wuduk. Mazhab Syafi‘i menyatakan rutubatu alfaraj membatalkan wuduk, sama ada ia suci atau najis. Alasannya ia dianggap sesuatu yang keluar dari qubul, dan segala yang keluar dari dua jalan (qubul atau dubur) membatalkan wuduk, walaupun tidak najis (contoh: angin). Mazhab Hanafi, juga berpendapat ia membatalkan wuduk kerana termasuk sesuatu yang keluar dari qubul. Hukum kesuciannya bergantung pada sama ada ia bercampur dengan mani, mazi atau darah. Jika tidak bercampur, dianggap suci, tetapi tetap membatalkan wuduk. Mazhab Maliki menilainya najis, dan ia juga membatalkan wuduk. Mazhab Hanbali juga dengan Hanafi dan Syafi‘i menyatakan ia suci (jika tidak bercampur najis lain) tetapi membatalkan wuduk kerana keluar dari faraj. Walaubagaimana pun, terdapat pendapat Ibn Hazm dan Ibn ‘Uthaymīn (Ibn ʿUthaymīn, Muḥammad bin Ṣāliḥ, 2002) menyatakan kelembapan yang keluar dari faraj wanita (dari laluan zakar) tidak membatalkan wuduk. Berdasarkan ayat 78 surah al-Hajj, mereka berpendapat bahawa sesungguhnya terdapat kesulitan yang nyata jika wuduk dianggap batal disebabkan kelembapan faraj wanita. Hal ini kerana kelembapan tersebut adalah sifat semula jadi faraj, dan masalah ini berlaku secara umum dalam kalangan wanita. Mereka juga berpendapat hanya yang keluar dari saluran kencing sahaja membatalkan wuduk, manakala saluran tempat kemasukan zakar tidak membatalkan wuduk. Boleh disimpulkan, kesemua mazhab menyatakan rutubatu alfaraj membatalkan wuduk di semua mazhab, walaupun ada khilaf pada status suci/najis. Jadi, jemaah wanita yang keluar keputihan perlu perbaharui wuduk, tetapi tidak wajib membasuh pakaian jika berpegang dengan pandangan ia suci (Hanafi, Hanbali, dan qaul rajih Sy afi‘i pada sebahagian bahagian). Namun, untuk memudahkan para jemaah, adalah mereka berpegang pada pendapat Hanbali pada mentafsirkan keluar keputihan yang membatalkan wuduk itu ialah apabila tidak lagi melekat pada kemaluan, seperti telah terjatuh ke atas batu. Selama mana ia tidak memberi kesan pada pakaian dalam, maka ia tidak membatalkan wuduk. Bagaimana Membezakan Antara Keputihan Yang Dianggap Suci Dengan Cairan Lain Yang Najis? Sekiranya jemaah berpegang pada pendapat yang menyatakan kesucian rutubatu alfaraj, bagaimana mereka membezakan dengan cairan lain yang najis seperti wadi dan mazi yang dianggap najis? Maka dalam hal ini, penyelidik berpendapat jemaah harus mengenali sifat yang membezakan antara rutubatu alfaraj atau keputihan dengan cairan lain yang dianggap najis iaitu wadi dan mazi. Menurut Al- Mausu’ah Al -Fiqhiyyah Al-Kuwatiyyah (2007), wadi bermaksud cecair pekat (lendir) bewarna putih yang keluar yang menyusul selepas buang air kecil atau setelah mengangkat barang yang berat. الْمَاءُ الثخِيُْ البَْْْ . يَضُ الذِي يَْخرُجُ إِثْرِ فِي الْبَ . شَيْ حَلَْ عِنْدَ أَوْ وْل ء ثَقِيل . Air putih yang pekat yang keluar selepas kencing atau ketika mengangkat sesuatu yang berat.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=