E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 739 Fasal: Abu al- Ḥārith berkata: Aku bertanya kepada Imam Aḥmad tentang seorang lelaki yang mempunyai penyakit, sehingga kadang-kadang duburnya terdedah. Beliau menjawab: Jika dia tahu bahawa bersama keadaan itu keluar kelembapan (nada), maka wajib dia berwuduk; tetapi jika dia tidak tahu, maka tidak ada apa-apa kewajipan ke atasnya. Ada kemungkinan Imam Aḥmad maksudkan dengan kelembapan yang terpisah daripadanya ; kerana ia keluar dari faraj dan terpisah daripadanya, maka hukumnya membatalkan wuduk, sebagaimana sesuatu yang keluar dan jatuh di atas tanah atau batu. Adapun kelembapan yang semestinya melekat dengannya ( rutubāt lāzimah) , maka ia tidak membatalkan wuduk; kerana ia tidak pernah terpisah daripada kelembapan. Maka kalau ia dianggap membatalkan, nescaya setiap kali ia keluar akan membatalkan wuduk pada setiap keadaan. Tambahan pula, ia adalah sesuatu yang tidak terpisah daripadanya, maka ia tidak membatalkan sebagaimana bahagian tubuh yang lain. Mereka juga berkata mengenai orang yang mengeluarkan lidahnya yang ada basahan, kemudian memasukkannya kembali dan menelan basahan itu: maka dia tidak membatalkan puasa ; kerana tidak ada hukum terpisah padanya. Dan Allah lebih mengetahui. (Ibn Qudāmah, 1997). Apa yang difahami dalam perbahasan ini, menurut mazhab Ḥanbalī, hukum rutubāt (kelembapan) dibezakan kepada dua keadaan. Pertama, jika kelembapan itu benar- benar keluar dan terpisah dari tempat asalnya, seperti cecair yang mengalir keluar dari dubur atau faraj, maka ia dianggap najis dan membatalkan wuduk kerana hukumnya sama seperti sesuatu yang keluar dari dua jalan. Kedua, jika kelembapan itu hanyalah basahan semula jadi yang sentiasa ada pada faraj dan tidak pernah terpisah, maka ia tidak membatalkan wuduk. Hal ini kerana kelembapan tersebut dianggap sebagai sesuatu yang melekat dan tidak terpisah, sama seperti basahan pada lidah yang dikeluarkan lalu dimasukkan kembali tanpa memberi kesan hukum. Kesimpulannya, dalam mazhab Ḥanbalī, kelembapan yang asli dan tidak terpisah tidak membatalkan wuduk, manakala kelembapan yang keluar secara terpisah membatalkan wuduk. Inilah juga pendapat Al- ‘Allāmah al - Buhūtī al - Ḥanbalī menyebut dalam Kashshāf al - Qinā‘ (1/194, cet. Dār al -Kutub al- ‘Ilmiyyah): “(Demikian juga kelembapan faraj wanita) adalah suci, kerana dihukumkan mani wanita itu suci. Jika kita menghukumkan kelembapan farajnya sebagai najis, nescaya mani itu juga dihukumkan najis.” Kesimpulan perbahasan mazhab, dari sudut kesucian, Abu Hanifah, Shafiiyah dan Hanabilah berpendapat bahawa ia adalah suci. Oleh itu, kelembapan yang keluar bersama bayi ketika kelahiran juga adalah suci. Menurut Hanafiyyah, kesuciannya dengan syarat tidak bercampur dengan darah, mazi, atau mani lelaki atau wanita. Mazhab Malikiyyah serta Abu Yusuf dan Muhammad (murid Abu Hanifah) berpendapat bahawa kelembapan faraj adalah najis. Maka, akibat kenajisannya, zakar suami yang bersetubuh atau kain, kapas, atau jari yang dimasukkan akan terkena najis. Manakala, Mazhab Syafiiyyah membahagikan kelembapan faraj kepada tiga bahagian: 1. Suci secara pasti; iaitu kelembapan pada bahagian luar faraj yang kelihatan ketika wanita duduk, dan bahagian ini wajib dibasuh ketika mandi wajib atau istinja’.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=