E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 738 Dalam keadaan ini, Ulama Shafii membahagikan rutubatu alfaraj , jika ia keluar dari tempat yang tidak diwajibkan basuh ketika mandi wajib, maka adalah najis. Manakala jika rutubatu alfaraj itu keluar dari tempat yang diwajibkan membasuhnya, maka ia adalah suci. Manakala, Mazhab Hanbali menyebutkan rutubatul faraj sebagai ifrazat Faedah Hukum Rembesan Faraj Wanita: Allah SWT telah menjadikan pada wanita dua saluran: satu saluran yang keluar daripadanya air kencing, dan satu lagi saluran yang keluar daripadanya anak. Cecair atau rembesan yang keluar daripada saluran tempat keluarnya anak terbahagi kepada beberapa jenis: Mani, ia keluar ketika syahwat memuncak dan mencapai kemuncaknya, atau ketika jimak (hubungan kelamin). Hukummani ini adalah suci, dan ia mewajibkan mandi junub apabila keluar. Mazi; ia adalah cecair yang keluar ketika suami membelai isterinya atau ketika adanya rangsangan. Hukumnya adalah najis, dan keluarnya membatalkan wuduk, diqiaskan dengan mazi lelaki. Rembesan biasa ia merupakan cecair yang keluar dalam keadaan-keadaan biasa, sama ada pada waktu siang atau malam, seperti ketika wanita menjalankan akt iviti harian atau ketika melakukan ibadah seperti tawaf, sa‘i dan solat. Para ulama telah berselisih pandangan tentang status cecair ini dari sudut suci atau najis, serta adakah ia membatalkan wuduk atau tidak. Pandangan yang lebih kuat (rajih) ialah cecair ini adalah suci, namun keluarnya membatalkan wuduk. Jika cecair ini keluar secara berterusan, maka hukumnya menyerupai orang yang mengalami masalah kencing tidak lawas ( سلس البول ) dengan mengambil kira bahawa cecair ini suci, maka tidak wajib membasuhnya dan tidak perlu mengelaknya. Wanita dalam keadaan ini hendaklah berwuduk untuk setiap solat selepas masuk waktunya, dan tidak memudaratkan sekiranya cecair itu keluar selepas berwuduk, walaupun ketika sedang solat. Ibn Qudamah memberikan penjelasan tentang keadaan bagaimana rutubatu alfaraj membatalkan wuduk,
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=