E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 737 Dalil bagi pandangan ini adalah sebagaimana yang dijadikan sandaran oleh Ibn ʿAbd al -Barr, seperti yang dinukilkan oleh al- Ḥāfiẓ dalam Fatḥ al- Bārī : iaitu hadith ʿĀ’isyah , رضي الله عنها beliau berkata: "Pernah mengenai pakaian Nabi ﷺ air mani. Jika ia kering, aku menggosoknya, dan jika ia basah, aku percikkan air ke atasnya." Mereka berkata: Hadith ini menunjukkan bahawa kelembapan faraj wanita adalah suci dan tidak najis. Istidlāl dengan hadith ini dibuat melalui dua sudut: 1. Adalah sukar untuk seorang lelaki menggauli isterinya sehingga mengenai pakaiannya air mani, melainkan turut terkena juga kelembapan faraj isterinya. Hal ini adalah perkara yang lumrah dalam kehidupan suami isteri. Maka pakaian Rasulullah ﷺ pastinya terkena air mani dan terkena juga kelembapan faraj wanita. 2. Apabila ʿĀ’isyah عنها الله رضي hanya menggosok kesan mani, sudah tentu beliau juga turut menggosok kelembapan yang terkena pada pakaian itu. Sedangkan menggosok (farkh) bukanlah cara penyucian najis (kerana pensucian najis memerlukan air). Ulama Shafiyah telah mentarjihkan pendapat yang menyatakan keputihan adalah suci. Namun ada satu perkara yang sangat penting bagi kaum wanita, iaitu jika kita katakan ia suci, adakah ia membatalkan wuduk atau tidak? Pendapat yang benar ialah ia membatalkan wuduk, kerana tidak semestinya sesuatu yang menjadi pembatal wuduk itu bersifat najis. Kalau tidak, nescaya angin (kentut) juga najis, sedangkan ia adalah suci, tetapi tetap membatalkan wuduk. Nabi ﷺ bersabda: 'Allah tidak menerima solat seseorang kamu apabila berhadas sehingga dia berwuduk. Mereka bertanya kepada Abū Hurayrah r.a.: 'Wahai Abā Hurayrah, apakah itu hadas?’ Beliau menjawab: 'Kentut atau sendawa keras (suara dari dubur)'. "Dan ini merupakan dalil yang sangat jelas, lebih-lebih lagi kerana asal dalam perkara- perkara sebegini adalah suci selagi tidak ada dalil yang menunjukkan kepada kenajisan. Maka kami katakan: sabda Nabi ﷺ : 'Basuhlah apa yang terkena daripadanya' maksudnya adalah basuhlah sebagai suatu sunat (anjuran), bukan kewajiban; kerana ‘Ā’isyah r.a. pernah menggosoknya sahaja tanpa membasuhnya. Dan asalnya ia adalah suci, serta tidak ada dalil yang qat‘i, bahkan tida k juga dalil zanni yangmenunjukkan bahawa kelembapan faraj wanita itu najis. Oleh itu, pendapat yang sahih dan kuat ialah bahawa kelembapan faraj wanita adalah suci, bukan najis.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=