E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 736 Pandangan pertama: Pandangan jumhur (majoriti) ulama. Mereka berpendapat bahawa kelembapan faraj wanita adalah najis. Dalil akal: kerana ia keluar dari tempat yang sama dengan keluarnya benda najis (yakni air kencing). Manakala dalil naqli (riwayat): kelembapan faraj wanita adalah najis, kerana pada awal Islam, para sahabat jika seorang lelaki menyetubuhi isterinya lalu dia iksal (iaitu tidak keluar mani), maka tidak wajib baginya mandi, hanya berwuduk sahaja. Hal ini berdasarkan sabda Nabi ﷺ : “Sesungguhnya mandi hanya diwajibkan kerana keluar mani (air besar) sahaja.” Namun hukum ini telah dimansukhkan, bermakna jika bersetubuh keluar mani atau tidak, maka wajib mandi. Tetapi Nabi ﷺ bersabda: “Basuhlah apa yang terkena daripadanya.” Hal ini kerana sangat mustahil seorang lelaki menyetubuhi isterinya tanpa terkena pada tubuh atau pakaiannya kelembapan faraj wanita. Justeru, hadis ini adalah dalil yang kuat bahawa kelembapan faraj wanita adalah najis. Pendapat kedua: Kelembapan faraj wanita adalah suci, iaitu cecair yang keluar daripada faraj wanita.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=